Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan mengajak peserta dalam menyemarakkan dan mengamalkan kempen kesedaran COVID-19 yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta berpeluang sama-sama untuk berkarya dan mengasah bakat dalam mencipta logo dan tagline kempen kesedaran COVID-19.  Petugas memberikan penerangan mengenai pertandingan mencipta logo dan tagline sempena kempen kesedaran COVID-19  yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia kepada peserta. Petugas menunjukkan cara membuat logo dan tagline dengan menggunakan aplikasi ‘canva’ selama 15 minit. Kemudian setiap peserta diminta untuk mencipta logo sebagai peringkat latihan yang bertemakan bebas.

Gambar Disini