Tujuan |
|
Latihan ini bertujuan membantu peserta membuat persediaan sekiranya mahu menghadiri temuduga kerja pada masa akan datang. |
|
Aktiviti |
|
Selain membantu peserta membuat persediaan temuduga, peserta juga dapat pengetahuan tentang cara membuat resume mengikut format terkini dengan cara yang lebih mudah tetapi menarik. Petugas memberi sedikit penerangan tentang fungsi aplikasi postermywall yang membolehkan kita membuat pelbagai kerja-kerja suntingan seperti poster, pelbagai jenis kad hingga ke resume. Setelah itu, peserta diminta untuk memilih bentuk layout resume yang dimahukan kemudian isi maklumat peribadi dan juga akademik. |