Tujuan |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA). SisPAA KKM adalah saluran dalam talian untuk menguruskan maklum balas seperti aduan, penghargaan, pertanyaan serta cadangan daripada orang awam berkenaan perkhidmatan KKM. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui langkah-langkah membuat aduan awam dengan lebih efisyen dan mudah iaitu hanya melayari portal SisPAA. Petugas memberi penerangan secara ringkas kepada peserta berkenaan portal SisPAA. Peserta ingin membuat aduan awam di dalam portal SisPAA mengenai Permit Perniagaan Buah Bermusim yang masih belum diperolehi oleh beliau. Oleh itu, petugas menunjukkan cara-cara mengisi maklum balas, aduan dengan melayari portal SisPAA. Setelah peserta siap mengisi maklumat peribadi dan penerangan aduan, petugas mengajar peserta cara-cara memuat naik gambar (lampiran dokumen sokongan) untuk dimasukkan didalam aduan tersebut. |