Tujuan |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk mengajar peserta membuat nama pengguna ID untuk memasuki sistem OUM dengan melayari portal OUM. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui langkah-langkah membuat pendaftaran nama pengguna dengan mudah serta dapat mengetahui pelbagai info yang berkaitan dengan sistem pembelajaran apabila memasuki portal tersebut. Peserta menunjukkan laman sesawang OUM kepada petugas untuk membantu beliau mendaftar nama pengguna (ID pelajar) yang diberi oleh pihak OUM. Oleh itu, petugas meminta peserta menaip laman sesawang OUM menggunakan telefon pintar beliau. Kemudian, peserta mendaftar serta mengisi maklumat yang diperlukan dengan bantuan petugas. Apabila sudah selesai mendaftar. Petugas mengajar peserta cara-cara muat turun aplikasi myOUM (Open Universiti Malaysia) di gedung Play. Petugas menerangkan cara penggunaan myOUM kepada peserta. |