Tujuan |
|
Latihan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word untuk mencipta kad ucapan. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta dapat memahirkan diri dalam menggunakan Microsoft Word apabila membuat kad ucapan raya yang kreatif dan menarik. Selain itu, peserta dapat belajar memuat turun gambar yang bersesuaian dengan tema yang diberikan. Petugas dapat mengukur pengetahuan dan kefahaman para peserta mengenai fungsi-fungsi di dalam Microsoft Word yang telah dipelajari ketika kelas terdahulu. Sebelum latihan dimulakan, petugas memberi tunjuk ajar secara ringkas cara membuat kad ucapan raya kepada peserta dengan menunjukkan contoh di carian Google. Setelah itu, petugas menunjukkan cara mahu memasukkan gambar, membuat variasi tulisan menggunakan word art dan penggunaan text box. Kemudian, peserta diminta untuk membuat sendiri kad ucapan tersebut menggunakan kreativiti masing-masing dan mereka turut diajar cara memasukkan dokumen ke dalam pemacu pena untuk dicetak. |