Tujuan |
|
Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan penggunaan internet dengan cara yang beretika dan prihatin kepada pengguna yang lain dan memberi peserta celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui cara penggunaan internet dengan selamat dan peserta akan lebih berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online). Petugas membuka tayangan video Klik dengan Bijak kepada peserta. Setiap video yang telah ditayangkan, petugas memberi penerangan berkaitan video tersebut. Kemudian, peserta diminta membuka laman sesawang untuk bermain permainan kuiz online iaitu Kahoot! Petugas menayangkan kuiz-kuiz yang perlu dijawab oleh peserta. |