Tujuan |
|
Semua aktiviti di atas diadakan bagi menguji pengetahuan peserta tentang ibadah, memberi pendedahan tentang portal sebenarnya.my yang membolehkan orang ramai menyemak kesahihan tentang sesuatu berita, memberi penerangan tentang kempen Tidak Pasti Jangan Kongsi serta memberi peluang kepada peserta untuk membuat sebarang ucapan dalam dashboard My Komuniti. |
|
Aktiviti |
|
Melalui semua aktiviti tersebut, peserta mendapat lebih pendedahan terhadap aplikasi Dashborad dan kelebihannya kepada komuniti terutama dalam menyampaikan maklumat setempat Selain itu, dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang masalah penyebaran berita palsu dalam negara dan bagaimana untuk mengatasi atau menghindar kejadian tersebut daripada berlaku iaitu melalui portal sebenarnya.my dengan menyemak terlebih dahulu sesuatu berita tentang kesahihannya sebelum berkongsi dengan orang ramai melalui media sosial. Petugas memberi penerangan kelebihan dan manfaat mengenai aplikasi dashboard terutamanya My Komuniti kepada peserta.Kemudian petugas memberi arahan kepada para peserta untuk membuka web quizizz untuk menjawab soalan tentang Ibadah. Setelah itu, petugas memberi penerangan tentang fungsi portal sebenarnya.my dan bagaimana portal tersebut boleh membantu komuniti dalam masalah penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa dalam negara. Kemudian petugas juga mengaitkan isu tersebut dengan kempen ‘tidak pasti jangan kongsi’ yang bertujuan menangani isu penyebaran berita palsu tersebut. |