Tujuan 

Kelas ini diadakan untuk memudahkan pelajar dalam mencari sumber maklumat yang diperlukan menggunakan Google dan juga meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Word untuk menyusun gambar.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui cara mudah dan berkesan dalam mencari sumber maklumat seperti yang guru kehendaki di carian Google. Tambahan pula, pelajar dapat meningkatkan kemahiran Microsoft Word dengan menggunakan beberapa fungsi untuk menyusun gambar menjadi teratur dan mengikut sususan yang kita perlukan.  Petugas menunjukkan kepada pelajar cara untuk mencari gambar-gambar yang diperlukan di carian Google. Setelah itu, petugas memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyusun gambar yang telah siap dicari sebelum itu ke dalam Microsoft Word supaya tidak bertindih dan tersusun cantik serta kemas seperti yang kita kehendaki. Kemudian petugas juga mengajar bagaimana mahu menyimpan dokumen ke dalam pendrive.