Tujuan 

Latihan ini bertujuan untuk memperkenalkan secara lisan perkakasan komputer dan fungsinya kepada pelajar.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini pelajar Pra Sekolah dapat mengenali perkakasan komputer serta fungsi bagi setiap perkakas. Dengan cara ini para pelajar lebih mudah memahami cara menggunakan komputer setelah mengetahui semua perkakas dan fungsinya malahan membuatkan mereka tidak kekok untuk menggunakan komputer kelak.  Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta iaitu para pelajar dan tetamu yang lain. Setelah itu guru membacakan buku tauladan kepada semua para pelajar dengan menyatakan pengajaran tentang kisah yang dibacakan di akhir penceritaan. Kemudian sesi membaca bersama 10 minit bermula dengan setiap seorang pelajar diberikan buku untuk dibaca termasuk tetamu lain. Setelah selesai, petugas Pusat Internet Kg. Jambu Rias mengambil alih program dengan mengadakan Kelas Perkenalan Perkakasan Komputer kepada pelajar pra sekolah. Petugas menunjuk gambar setiap perkakas komputer kemudian menerangkan fungsi-fungsinya.