Tujuan |
|
Latihan ini dijalankan bagi menguji daya kreatif para pelajar dalam mencipta kad hari ibu |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahui cara untuk membuat kad ucapan untuk hari ibu dengan lebih menarik dan mudah. Dengan mengunakan aplikasi postermywall mereka dapat membuat kad ucapan dengan pelbagai pilihan corak yang cantik. Bagi permulaan, peserta diberi penerangan tentang web canva.com yang mana lebih sesuai untuk digunakan kerana lebih mudah dan menarik. Kemudian petugas menunjukkan kepada para peserta untuk memilih corak yang terdapat dalam aplikasi tersebut kemudian menyunting kad tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Mereka diarahkan untuk meletakkan ucapan khas untuk ibu masing-masing dalam kad tersebut bagi menyatakan dan menyampaikan isi hati mereka kepada ibu tercinta. |