Tujuan |
|
Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam mengunakan Microsoft powerpoint untuk membuat kad hari raya |
|
Aktiviti |
|
Melalui pertandingan ini peserta dapat mempelajari cara untuk menghasilkan kad raya yang menarik dan kreatif hanya menggunakan powerpoint. Petugas memulakan kelas dengan memberi penerangan ringkas berkenaan kriteria kad ucapan yang dikehendaki oleh petugas. Mereka dibenarkan untuk mengambil gambar bertemakan raya yang ada dalam carian Google ataupun menjadikan gambar tersebut sebagai rujukan untuk mereka membuat kad hari raya. Dalam membuat kad raya, secara tidak langsung mereka dapat meningkatkan pengetahuan dan memahirkan mereka menggunakan Microsoft powerpoint. Kad raya paling kreatif, menarik dan ucapan raya yang terbaik dipilih sebagai pemenang. |