Tujuan |
|
Latihan Keusahawanan diberikan bagi membuka mata peserta tentang kelebihan Usahawan atas talian, selain itu memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk mendaftar SPA serta membuat resume. Tambahan pula sebelah petang mereka diajar cara membuat video. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan dan bengkel yang diadakan, para peserta didedahkan dengan ilmu menjadi Usahawan atas talian, kemudian persediaan kerjaya selepas tamat pengajian serta ilmu tambahan dengan mempelajari cara menyunting video. Petugas memberi taklimat usahawan kepada peserta dengan berkongsi kelebihan menjadi usahawan atas talian yang semakin berkembang pada masa kini. Kemudian peserta diberi tunjuk ajar untuk mendaftarkan diri dalam lawan sesawang SPA bagi merebut peluang kerjaya dalam jabatan kerajaan. Setelah selesai, peserta membuat resume bagi persediaan memohon jawatan kosong setelah tamat pengajian kelak. Akhir sekali sebelah petang mereka diajar menyunting video. Latihan ini diberi bagi membantu mereka menyiapkan tugasan membuat video mempromosikan Giatmara dan juga petugas memberi hebahan dan penerangan tentang Myfreeview. |