Tujuan 

Latihan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word dan membuat surat rasmi dengan format yang betul.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat memahirkan diri dalam penggunakan Microsoft Word apabila membuat surat kiriman rasmi.  Selain itu, peserta dapat mengingat kembali format surat rasmi yang diajar di sekolah. Petugas memberi penerangan format surat rasmi kepada peserta dengan menunjukkan contoh surat di carian Google. Kemudian, peserta diminta untuk membuat sendiri surat rasmi dengan menggunakan format yang betul. Setelah itu, petugas membantu peserta dalam membuat penyusunan ayat dan menyemak format surat rasmi. Peserta juga turut diajar cara memasukkan dokumen ke dalam pemacu pena untuk dicetak

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word untuk mencipta kad ucapan.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat memahirkan diri dalam menggunakan Microsoft Word apabila membuat kad ucapan raya yang kreatif dan menarik. Selain itu, peserta dapat belajar memuat turun gambar yang bersesuaian dengan tema yang diberikan. Petugas dapat mengukur pengetahuan dan kefahaman para peserta mengenai fungsi-fungsi di dalam Microsoft Word yang telah dipelajari ketika kelas terdahulu.  Sebelum latihan dimulakan, petugas memberi tunjuk ajar secara ringkas cara membuat kad ucapan raya kepada peserta dengan menunjukkan contoh di carian Google. Setelah itu, petugas menunjukkan cara mahu memasukkan gambar, membuat variasi tulisan menggunakan word art dan penggunaan text box. Kemudian, peserta diminta untuk membuat sendiri kad ucapan tersebut menggunakan kreativiti masing-masing dan mereka turut diajar cara memasukkan dokumen ke dalam pemacu pena untuk dicetak.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA). SisPAA KKM adalah saluran dalam talian untuk menguruskan maklum balas seperti aduan, penghargaan, pertanyaan serta cadangan daripada orang awam berkenaan perkhidmatan KKM.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui langkah-langkah membuat aduan awam dengan lebih efisyen dan mudah iaitu hanya melayari portal SisPAA.  Petugas memberi penerangan secara ringkas kepada peserta berkenaan portal SisPAA. Peserta ingin membuat aduan awam di dalam portal SisPAA mengenai Permit Perniagaan Buah Bermusim yang masih belum diperolehi oleh beliau. Oleh itu, petugas menunjukkan cara-cara mengisi maklum balas, aduan dengan melayari portal SisPAA. Setelah peserta siap mengisi maklumat peribadi dan penerangan aduan, petugas mengajar peserta cara-cara memuat naik gambar (lampiran dokumen sokongan) untuk dimasukkan didalam aduan tersebut.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan untuk mengajar peserta membuat nama pengguna ID untuk memasuki sistem OUM dengan melayari portal OUM.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui langkah-langkah membuat pendaftaran nama pengguna dengan mudah serta dapat mengetahui pelbagai info yang berkaitan dengan sistem pembelajaran apabila memasuki portal tersebut.  Peserta menunjukkan laman sesawang OUM kepada petugas untuk membantu beliau mendaftar nama pengguna (ID pelajar) yang diberi oleh pihak OUM. Oleh itu, petugas meminta peserta menaip laman sesawang OUM menggunakan telefon pintar beliau. Kemudian, peserta mendaftar serta mengisi maklumat yang diperlukan dengan bantuan petugas. Apabila sudah selesai mendaftar. Petugas mengajar peserta cara-cara muat turun aplikasi myOUM (Open Universiti Malaysia) di gedung Play. Petugas menerangkan cara penggunaan myOUM kepada peserta.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta membuat persediaan sekiranya mahu menghadiri temuduga kerja pada masa akan datang.

   

Aktiviti 

Selain membantu peserta membuat persediaan temuduga, peserta juga dapat pengetahuan tentang cara membuat resume mengikut format terkini dengan cara yang lebih mudah tetapi menarik.  Petugas memberi sedikit penerangan tentang fungsi aplikasi postermywall yang membolehkan kita membuat pelbagai kerja-kerja suntingan seperti poster, pelbagai jenis kad hingga ke resume. Setelah itu, peserta diminta untuk memilih bentuk layout resume yang dimahukan kemudian isi maklumat peribadi dan juga akademik.

Gambar Disini