Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan mengajak peserta dalam menyemarakkan dan mengamalkan kempen kesedaran COVID-19 yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta berpeluang sama-sama untuk berkarya dan mengasah bakat dalam mencipta logo dan tagline kempen kesedaran COVID-19.  Petugas memberikan penerangan mengenai pertandingan mencipta logo dan tagline sempena kempen kesedaran COVID-19  yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia kepada peserta. Petugas menunjukkan cara membuat logo dan tagline dengan menggunakan aplikasi ‘canva’ selama 15 minit. Kemudian setiap peserta diminta untuk mencipta logo sebagai peringkat latihan yang bertemakan bebas.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu pelajar menjawab peperiksaan secara atas talian akibat tadika masih ditutup

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat meningkatkan kemahiran menggunakan Google Hangout dan memudahkan peserta untuk menjawab peperiksaan secara atas talian dengan capaian internet yang memuaskan.  Petugas menunjukkan cara untuk membuka dan  menggunakan Google Hangout kepada peserta dengan menggunakan email. Setelah itu peserta membantu peserta untuk berhubung dengan guru kelas beliau. Setelah berjaya masuk kedalam group google hangout tersebut, peserta menunggu giliran untuk menjawab peperiksaan. Peperiksaan berlangsung dengan lancar berikutan capaian internet yang memuaskan. Peperiksaan ini berlangsung selama 2 hari berturut-turut.

Gambar Disini

Tujuan 

Peserta dapat  mengetahui cara mudah untuk membuat kad ucapan

   

Aktiviti 

Latihan ini bagi memudahkan peserta untuk membuat kad ucapan Hari Raya dengan hanya menggunakan layout sedia ada yang lebih menarik dan mudah untuk disunting.  Petugas membantu peserta dengan memberi tunjuk ajar cara untuk log in postermywall. Kemudian peserta diminta untuk memilih tema kad yang dimahukan untuk disunting dengan ucapan dan gambar-gambar berkaitan raya.

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu menguji pengetahuan peserta tentang jenis-jenis buahan tempatan dan juga kepantasan peserta dalam menyelesaikan soalan silang kata

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat meningkatkan kepantasan daya fikiran dalam menyelesaikan soalan dan juga mengasah bakat Mewarna.  Petugas memberikan kertas mewarna kepada setiap peserta untuk diwarnakan dan juga mereka harus menamakan setiap buah tersebut. Setelah siap mewarna kemudian peserta diberi soalan silang kata untuk dijawab.  

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan bertujuan untuk memberi ucapan Hari Guru sebagai penghargaan kepada semua guru yang telah mengajar mereka

   

Aktiviti 

Dalam tempoh PKPB ini latihan dijalankan melalui atas talian (via Whatsapp). Hal ini bagi membolehkan pelajar sekolah menzahirkan penghargaan mereka kepada tenaga pengajar walaupun jauh dimata.  Latihan dimulakan dengan petugas memberikan link laman sesawang postermywall kepada peserta. Kemudian petugas menghantar video pendek kepada peserta tentang cara untuk log in postermywall kemudian cara menyunting kad ucapan hari guru mrnggunakan layout yang telah tersedia dalam postermywall tersebut.