Tujuan |
|
Kelas ini diadakan untuk memudahkan peserta membuat pendaftaran nikah secara atas talian |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini dapat memudahkan urusan bakal pengantin membuat pendaftaran nikah secara atas talian. Lamang sesawang E-Munakahat ini membolehkan bakal pengantin membuat pendaftaran nikah dengan lebih mudah dan menjimatkan masa. Petugas menunjukkan link laman sesawang pendaftaran nikah bagi negeri Pahang iaitu E-Munakahat. Peserta diminta untuk mengisi segala maklumat peribadi secara terperinci. Setelah itu, peserta perlu mengisi maklumat bakal pasangan, maklumat wali, juru nikah dan juga saksi-saksi bagi urusan akad nikah. Selepas peserta lengkap mengisi segala maklumat yang diperlukan barulah permohonan tersebut berjaya dihantar. |
Tujuan |
|
Peserta dapat meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint dan juga paint |
|
Aktiviti |
|
Peserta dapat mengetahui cara mudah untuk menyunting gambar daripada telefon pintar menjadi gambar passport. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara menyunting gambar dengan menggunakan Microsoft power point dan juga paint untuk dijadikan gambar passport. Mula-mula peserta diminta untuk membuang latar belakang gambar menggunakan power point. Setelah itu, peserta diminta membuka paint untuk membersihkan sekeliling gambar. Selesai proses tersebut, peserta kemudiannya mengecilkan gambar mengikut saiz passport. |
Tujuan |
|
Permohonan UPU secara atas talian bagi memudahkan urusan memohon kemasukan ke IPTA mahupun IPTS |
|
Aktiviti |
|
Dengan adanya laman sesawang UPU ini, permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM serta STPM untuk ke IPTA/IPTS lebih mudah dan menjimatkan masa. Latihan dimulakan dengan petugas menunjukkan link laman sesawang UPU kepada peserta. Setelah itu peserta diminta untuk mengisi segala maklumat diri dan akademik didalam ruangan yang disediakan. Kemudian, peserta perlu memilih beberapa jurusan yang mereka mahu untuk menyambung pengajian mereka. Apabila selesai membuat pilihan, peserta diminta untuk semak dan hantar permohonan mereka. |
Tujuan |
|
Peserta dapat mempelajari cara untuk mengisi borang pendaftaran atas talian bagi murid prasekolah dan tahun 1 |
|
Aktiviti |
|
Peserta mampu untuk mengisi dan melengkapkan borang permohonan pendaftaran dengan bantuan petugas dan panduan yang telah diberikan. Petugas membantu penjaga kepada pelajar untuk membuka laman web pendaftaran pelajar prasekolah dan tahun 1.Petugas kemudian memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada peserta yang terlibat untuk mengisi maklumat dengan teliti dan tepat. Setelah selesai, peserta juga diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mencetak serta membuat salinan dokumen |
Tujuan |
|
Membantu peserta membuat persediaan sekiranya mahu menghadiri temuduga pada masa akan datang |
|
Aktiviti |
|
Selain membantu peserta membuat persediaan temuduga, peserta juga dapat pengetahuan tentang cara membuat resume mengikut format terkini dengan cara yang lebih mudah tetapi menarik. Petugas memberi sedikit penerangan tentang fungsi aplikasi postermywall yang membolehkan kita membuat pelbagai kerja-kerja suntingan seperti poster, pelbagai jenis kad hingga ke resume. Setelah itu, peserta diminta untuk memilih bentuk layout yang dimahukan kemudian isi maklumat peribadi dan juga akademik. |