Tujuan 

Aktiviti diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara komuniti selain mewujudkan persekitaran yang sihat dengan menganjurkan pertandingan sukan antara pelajar sekolah selain memberi peluang kepada komunit dewasa untuk turut serta dalam aktiviti yang diadakan.

   

Aktiviti 

Peserta yang terlibat dapat memberikan kerjasama berkumpulan dan merapatkan silaturrahim sesama mereka selain mewujudkan persekitaran yang sihat dengan bersukan.  Program dimulakan dengan aktiviti zumba dan ucapan aluan pengerusi majlis.Aktiviti diteruskan dengan pertandinga fustsal dan bola jarring cilik diikuti Pertandingan yang sama bagi kategori dewasa.Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini dijalankan bertujuan memberi pendedahakan kepada pelajar untuk menghasilkan kad yang kreatif menggunakan Microsoft Power Point.

   

Aktiviti 

Melalui program ini peserta dapat mengetahui cara menghasilkan kad yang kreatif dengan menambah pelbagai gambar menarik yang boleh diambil di internet.  Petugas meminta peserta untuk menghasilkan kad ucapan kejayaan kepada rakan dengan mengambil  gambar di internet.Selain itu,peserta juga diajar untuk memuat naik kad tersebut ke dalam dashboard komuniti.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini diadakan bagi menyalurkan maklumat kepada peserta mengenai penipuan di internet

   

Aktiviti 

Melalui program ini peserta mendapat pendedahan mengenai penipuan di internet serta kesannya kepada msyarakat.  Petugas memberi taklimat ringkat berkenaan video KDB terutamanya penipuan di internet.Petugas kemudian meminta peserta menonton video Penipuan di Internet menerusi youtube serta memahami kesan buruk dari perkara ini.

Gambar Disini

Tujuan 

Majlis diadakan untuk memberi pengiktirafan dan menghargai para pelajar SKJR yang telah berusaha dalam akademik dan kokurikulum.

   

Aktiviti 

Melalui majlis ini,Pusat Internet mengambil peluang untuk memperkenalkan fungsi penubuhan serta kemudahan yang disediakan kepada pengunjung selain memberi sokongan kepada penganjuran program.  Program dimulakan dengan ucapan aluan dari perasmi majlis dan diteruskan dengan beberapa pesembahan pelajar dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pelajar yang berjaya.

Gambar Disini

Tujuan 

Kelas diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan media sosial sebagai medium mencari kenalan

   

Aktiviti 

Melalui kelas ini,peserta dapat mengetahu cara untuk menambah rakan di Facebook selain mencari rakan Sekolah yang turut mempunyai akaun Facebook. Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan Facebook kepada peserta dan meminta peserta untuk melog masuk ke akaun masing-masing.Peserta diajar untuk mencari rakan di Facebook dan juga cara memohon permintaan untuk menjadi rakan selain menyelidik terlebih dahulu akaun rakan-rakan yang ingin dikenali tersebut.Peserta diminta untuk mengulangi Pembelajaran untuk memastikan mereka memahami apa yang telah dipelajari atau sebaliknya

Gambar Disini