Tujuan |
|
Meningkatkan kemahiran pelajar untuk menggunakan internet sebagai medium pembelajaran. |
|
Aktiviti |
|
Melalui aktiviti ini peserta dapat menguji kemahiran berfikir terutama dalam mencari perkataan tersembunyi dan bentuk yang sama dalam masa yang ditetapkan. Petugas memberi penerangan berkenaan permainan pendidikan yang boleh dilayari dan memberi peluang kepada peserta untuk menjawab soalan-soalan pendidikan yang diberikan dan bersaing sesama sendiri mengikut masa yang ditetapkan. |
Tujuan |
|
Meningkatkan kemahiran pelajar untuk menggunakan Microsoft Publisher dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta dapat mengetahu cara menukar tulisan,saiz warna dan memasukkan gambar untuk menghiasi kad yang dihasilkan.Peserta turut dapat meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif menggunakan Microsoft Publisher. Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan Microsoft Publisher yang boleh menghasilkan calendar,kad dan lain-lain.Petugas memberi tajuk kepada peserta untuk menghasilkal label berkaitan dengan buku.Peserta diajar cara menukar warna,saiz dan jenis tulisan serta turut diajar untuk meletakkan gambar pada label yang telah dihasilkan. |
Tujuan |
|
Memberi pendedahakan kepada pelajar tentang aplikasi scratch yang merupakan sebahagian modul yang terdapat dalam subjek TMK. |
|
Aktiviti |
|
Pelajar dapat mengetahui cara menghasilkan video grafik asas menggunakan aplikasi ini selain meningkatkan kemahiran mereka untuk Mencipta sesuatu yang kreatif. Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan scratch yang mana para pelajar perlu melog masuk menggunakan akaun sendiri.Peserta kemudian diajar asas menghasilkan grafik yang mudah Peserta kemudian diminta untuk menghasilkan sendiri ciptaan mereka secara berkumpulan dengan bantuan petugas. |
Tujuan |
|
Membantu peserta mendaftar SPA8i melalui atas talian bagi permohonan kerja penjawat awam |
|
Aktiviti |
|
Latihan ini membantu peserta untuk mengisi maklumat diri dan akademik bagi permohonan kerja sebagai penjawat awam. Peserta diberi tunjuk ajar untuk mencari link laman sesawang SPA8i dan kemudian mengisi maklumat diri yang diperlukan bagi pendaftaran baru. Kemudian, peserta diminta untuk mengisi maklumat akademik dari peringkat rendah hingga yang tertinggi. Setelah selesai, peserta kemudian memilih jawatan-jawatan yang dikehendaki mengikut kelulusan. |
Tujuan |
|
Mempromosikan fungsi Pusat Internet kepada komuniti dengan mengadakan taklimat ringkas dan menjalankan beberapa aktiviti ict. |
|
Aktiviti |
|
Pengunjung yang berkunjung ke booth PI Kg Jambu Rias berpeluang mendengar taklimat Myfreeview dan merebut hadiah yang ditawarkan menerusi pelbagai aktiviti ict sampingan. Pengunjung yang hadir ke booth PI mendaftarkan diri dan menyertaii beberapa aktiviti seperti teka logo KDB,menaip pantas,mewarna atas talian,wordsearch dan menaip artikel.Aktiviti di booth PI Kg Jambu Rias diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. |