Tujuan 

Membantu pelajar meningkatkan kemahiran menghasilkan kad kreatif menggunakan Microsoft Publisher.

   

Aktiviti 

Peserta dapat mengetahui cara mudah menghasilakn kad kreatif dengan pelbagai design dan juga menghiaskan gambar-gambar menarik yang diambil dari google untuk diletakkan pada kad.Peserta juga dapat meningkatkan kemahiran menggunakan Microsot Publisher dengan mengubah tulisan,warna dan saiz yang dinginkan.  Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan Microsoft Publisher dan menunjukkan cara asas menghasilkan kad kreatif.Petugas kemudian memberi tema untuk peserta menghasilkan sendiri kad ucapan yang menarik dan menggunakan daya kemahiran yang kreatif dengan bantuan petugas.

Gambar Disini

Tujuan 

Bertujuan memberi tunjuk ajar kepada para pelajar cara menyunting video.

   

Aktiviti 

Melalui program ini, peserta dapat menambah pengetahuan tentang langkah-langkah untuk menyunting video dengan didikan petugas.  Petugas mengarahkan kepada pelajar untuk membuka filmora pada setiap komputer dan kemudian petugas membri tunjuk ajar bagaimana mahu memasukkan video yang telah direkod dalam telefon pintar atau gambar kedalam video editor. Petugas juga menunjukan cara menyusun lagu sepadan dengan gambar yang telah dimasukkan.

Gambar Disini

Tujuan 

Membantu peserta membina video mempromosikan Giatmara, menguji ketangkasan daya fikiran dalam menjawab soalan dan juga memberi tunjuk ajar cara membuat kad perniagaan menggunakan aplikasi atas talian.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini peserta dapat menfaatkan ilmu dari petugas dengan mempelajari cara menyunting video yang menarik. Selain itu, dapat mengetahui cara membuat kad perniagaan dengan mudah hanya menggunakan aplikasi atas talian.  Petugas memberi peluang kepada peserta untuk menyiapkan tugasan menyunting video. Petugas juga memberi tunjuk ajar bagaimana mahu memasukkan kesan-kesan grafik supaya video lebih menarik. Setelah itu, petugas menyelitkan aktiviti menjawab soalan kuiz bagi menguji ketangkasan mereka dalam menjawab soalan. Pada sebelah petang pula, peserta diberi tunjuk ajar cara membuat kad perniagaan dengan menggunakan aplikasi atas talian iaitu postermywall.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan menggajar para peserta langkah mudah untuk memindahkan gambar dan video daripada telefon pintar kepada komputer. Tambahan pula untuk menambah kemahiran membuat menu makanan menggunakan aplikasi atas talian

   

Aktiviti 

Melalui latihan selama 3 hari berturut-turut, banyak ilmu yang telah dicurah dan dikongsikan untuk mereka. Pengetahuan untuk kegunaan ketika mereka menuntut di Giatmara dan juga setelah tamat pengajian kelak.  Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan web Whatsapp di komputer untuk memindahkan gambar dan juga video yang ada pada telefon pintar peserta. Kemudian setelah selesai, peserta diarahkan membuka postermywall untuk membuat menu makanan dan minuman yang lazimnya terdapat pada restoran atau gerai makan.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan Keusahawanan diberikan bagi membuka mata peserta tentang kelebihan Usahawan atas talian, selain itu memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk mendaftar SPA serta membuat resume. Tambahan pula sebelah petang mereka diajar cara membuat video.

   

Aktiviti 

Melalui latihan dan bengkel yang diadakan, para peserta didedahkan dengan ilmu menjadi Usahawan atas talian, kemudian persediaan kerjaya selepas tamat pengajian serta ilmu tambahan dengan mempelajari cara menyunting video.  Petugas memberi taklimat usahawan kepada peserta dengan berkongsi kelebihan menjadi usahawan atas talian yang semakin berkembang pada masa kini. Kemudian peserta diberi tunjuk ajar untuk mendaftarkan diri dalam lawan sesawang SPA bagi merebut peluang kerjaya dalam jabatan kerajaan. Setelah selesai, peserta membuat resume bagi persediaan memohon jawatan kosong setelah tamat pengajian kelak. Akhir sekali sebelah petang mereka diajar menyunting video. Latihan ini diberi bagi membantu mereka menyiapkan tugasan membuat video mempromosikan Giatmara dan juga petugas memberi hebahan dan penerangan tentang Myfreeview.

Gambar Disini