Tujuan |
|
Mempromosikan PI Kluster Bentong dengan menjalankan pelbagai aktiviti dashboard dan Advokasi. |
|
Aktiviti |
|
Pengunjung dapat menyertai pelbagai aktiviti dan taklimat yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet dan beberapa kempen yang diadakan. Petugas yang terlibat membuka kaunter pendaftaran dan memulakan aktiviti di booth Pusat Internet.Pelbagai kuiz KDB dan teka logo KDB diadakan selain taklimat berkaitan myfreeview . |
Tujuan |
|
Memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk menyunting gambar peta dengan cara yang betul |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini pelajar dapat mengetahui cara yang betul untuk menyunting gambar peta yang diambil daripada Google Maps. Petugas menunjukkan cara untuk menggunakan Google Maps kepada peserta. Kemudian peserta di ajar bagaimana mahu menyunting gambar peta tersebut untuk mengambil kawasan yang dimahukan sahaja. Setelah siap menyunting kemudian peserta memasukan gambar peta tersebut kedalam Microsoft word. |
Tujuan |
|
Latihan ini bertujuan untuk membantu peserta mendaftarkan nama secara atas talian sebagai penceramah |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta dapat mengetahui cara untuk mendaftar sebagai penceramah di laman web yang berkaitan. Peserta diberi penerangan ringkas berkenaan laman web yang berkaitan untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum memuatnaik dokumen sokongan yang diperlukan sebagai penceramah bertauliah.Peserta mengisi borang dengan bantuan petugas. |
Tujuan |
|
Membantu meningkatkan kemahiran peserta untuk menyunting gambar dengan betul |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta mengetahui cara untuk menyunting gambar yang dipilih dari internet. Petugas memberi sedikit penerangan tentang bagaimana mahu mencari gambar yang dimahukan peserta di carian Google. Kemudian setelah memuat turun gambar yang diperlukan, peserta di ajar untuk menyunting gambar tersebut mengikut saiz yang dimahukan dan menyusun gambar tersebut ke dalam Microsoft word untuk di cetak |
Tujuan |
|
Memahirkan peserta untuk menggunakan aplikasi dashboard terutamanya My Komuniti. |
|
Aktiviti |
|
Latihan ini memberi kelebihan kepada peserta untuk menghebahkan sebarang perkara yang berkaitan kepada komuniti. Petugas minta peserta untuk mencari teks berkaitan kemerdekaan untuk dimuatnaik ke dalam My Komuniti.Peserta mengikut setiap apa yang dipelajari dan menghebahkan maklumat berkaitan kemerdekaan kepada komuniti. |