Tujuan |
|
Program bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti yang beerminat untuk menyertai bidang Keusahawanan Bersama Tupperware. |
|
Aktiviti |
|
Program ini memberi pendedahan tentang kerjaya Bersama Tupperware selain promosi dan jualan dari produk tersebut. Program dimulakan dengan Pemeriksaan Kesihatan dan Kempen mobile e-waste.Program diteruskan dengan demo masakan dan promosi.Program diteruskan dengan Taklimat Myfreeview oleh petugas dan diakhiri dengan penyampaian hadiah. |
Tujuan |
|
Pertandingan ini diadakan untuk memupuk semangat kemerdekaan selain memahirkan peserta menggunakan aplikasi Postermywall untuk membuat poster Hari Kemerdekaan Malaysia |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini peserta dapat meningkatkan kemahiran menggunakan komputer untuk menghasilkan poster yang menarik secara atas talian. Petugas memberi penerangan berkenaan Pertandingan yang mana peserta boleh mengguunakan pelbagai idea untuk menghasilkan poster yang kreatif.Peserta diberi masa menghasilkan poster bertemakan Sayangi Malaysiaku. |
Tujuan |
|
Kelas diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta untuk menggunakan media sosial iaitu FB |
|
Aktiviti |
|
Melalui kelas ini peserta berjaya memdafftarkan akaun sosial media dan mengaplikasikan penggunaan sosial media dengan baik. Petugas membantu peserta mendafftarkan akaun dan meminta peserta untuk mengisi sendiri maklumat yang diperlukkan.Peserta kemudian diminta untuk membuka pula akauan tersebut diperanti lain iaitu telefon bimbit untuk memastikan beliau faham cara melog masuk akaun yang didaftarkan. |
Tujuan |
|
Program diadakan untuk menyemarakkan lagi semangat untuk menyambut Hari Raya Korban selain meningkatkan kemahiran peserta menggunakan Microsoft Power Point. |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini,peserta menunjukkan kebolehan menghasilkan kad yang kreatif selain dapat mempelajari cara menyunting gambar dengan betul. Peserta diberi penerangan ringkas berkenaan Pertandingan yang diadakan.Peserta kemudian dibagi tempoh menyiapkan kad masing-masing dan diberi peluang untuk menyerlahkan bakat yang ada. |
Tujuan |
|
Memberi pendedahan kepada peserta untuk mengetahui cara memohon pekerjaan secara atas talian |
|
Aktiviti |
|
Melalui kelas ini,peserta dapat mempelajari cara untuk mendaftar akaun untuk memohon pekerjaan secara atas talian di web-web pekerjaan. Petugas memberi penerangan berkenaan web-web pekerjaan yang memerlukan beberapa dokumen lengkap untuk memastika permohonan memenuhi syarat yg ditetapkan.Peserta kemudian mencari web kerja kosong untuk diisi dengan bantuan petugas. |