Tujuan 

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah untuk menggunakan internet sebagai salah satu mendium Pembelajaran

   

Aktiviti 

Melalui kelas ini,peserta dapat mempelajari perkara baru dengan menggunakan aplikasi atas talian untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan.  Petugas memberi sedikit penerangan berkenaan web-web Pembelajaran yang boleh digunapakai untuk mengulangkaji pelajaran seperti Quizizz.com.Kemudian,peserta diberi masa untuk menjawab soalan-soalan yang tertera dalam tempoh masa yang diberikan.

Tujuan 

Latihan ini diadakan bagi membantu para pelajar dalam mengumpul dan mencari maklumat berkaitan kerja Sekolah.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini para peserta dapat mencari dan mengumpul maklumat berkaitan kerja sekolah yang perlu disiapkan dengan lebih mudah dan cepat.  Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta bagaimana mahu mencari dan memuat turun gambar serta maklumat yang diperlukan. Kemudian peserta juga di ajar cara untuk menyusun gambar beserta maklumat didalam Microsoft word supaya nampak lebih tersusun dan mudah untuk dibaca.

Tujuan 

Program Hari Bersama Komuniti diadakan bertujuan untuk memperkenalkan fungsi PI kepada komuniti dan merapatkan hubungan PI dengan agensi dan jabatan yang sedia ada

   

Aktiviti 

Melalui majlis ini,pengunjung dapat beramah mesra selain merapatkan silaturrahim dan mendapat pendedahan berkenaan fungsi dan kewujudan Pusat Internet selain mengetahui peranan agensi lain yang hadir membuat taklimat dan pemeran,membuat pemeriksaan kesihatan dan menyertai pertandingan yang diadakan. Program diimulakan dengan pendaftaran pengunjung dan sarapan pagi.Pengunjung kemudian berpeluang membuat Pemeriksaan Kesihatan percuma,melihat pelbagai pameran dari beberapa agensi,mendengar Taklimat dan menyertai perrtandingan yang diadakan.Pengunjung kemudian dijamu makan tengahari dan diteruskan dengan beberapa aktiviti .Majlis diakhiri dengan ucapan perasmian dan penyampaian hadiah.

Tujuan 

Latihan ini bertujuan memudahkan peserta untuk mendaftarkan syarikat dalam portal https://edaftar.fgvholdings.com/login

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini, petugas dapat membantu peserta mendaftarkan syarikat beliau dalam portal FGV tanpa perlu bersusah payah untuk ke HQ mengemukakan dokumen yang diperlukan. Pertama sekali petugas memberi tunjuk ajar bagaimana mahu membuka portal FGV seperti link yang telah diberitahu. Kemudian peserta dikehendaki untuk mengisi segala maklumat peribadi dan syarikat beserta dokumen-dokumen sokongan seperti dalam lampiran yang telah tersedia dalam portal tersebut. Petugas kemudian membantu mengimbas dokumen-dokumen yang diperlukan, seterusnya peserta memuat naik dokumen tersebut kedalam portal FGV

Tujuan 

Majlis jamuan raya diadakan oleh pihak Tadika Kemas bertujuan untuk merapattkan hubungan sesame keluarga dan pelajar selain menjalin hubungan Bersama dengan agensi setempat.

   

Aktiviti 

Melalui majlis ini,pengunjung dapat beramah mesra selain merapatkan silaturrahim dan mendapat pendedahan berkenaan fungsi dan kewujudan Pusat Internet. Program diimulakan dengan ucapan aluan pengerusi masjlis dan diteruskan dengan bacaan doa dan disusuli dengan jamuan raya dan majlis ramah  mesra.