Tujuan |
|
Latihan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada golongan Wanita untuk menggunakan interneet secara maksimum |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini peserta dapat mengetahui cara untuk memohon PR1MA secara atas talian serta dokumen yang perlu dimuatnaik. Petugas memberi penerangan berkenaan skim PR1MA yang ingin dipohon oleh peserta.Langkah-langkah berkenaan permohonan diajar supaya peserta memahami cara terutamanya untuk memuatnaik dokumen yang diperlukan. |
Tujuan |
|
Mesyuarat diadakan untuk membincangkan permasalahan dan cadangan kerjasama antara AJK yang terlibat |
|
Aktiviti |
|
Melalui mesyuarat ini,pelbagai idea dan cadangan dapat diusulkan bagi memantapkan kerjasama antara jawatankuasa kampung bagi memastikan kemudahan di Perpustakaan dimanfaat sepenuhnya. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan diteruskan dengan perbincangan menyeluruh berkenaan objektiif mesyuarat.Pelbagai idea berkenaan kerjasama diutarakan secara positif. |
Tujuan |
|
Peserta dapat meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi perbankan dalam talian iaitu M2U. |
|
Aktiviti |
|
Melalui Pembelajaran ini,peserta dapat mempelajari cara menyemak penyata kewangan secara atas talian. Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan penggunaan perbankan atas talian.Petugas kemudian menunjukkan cara untuk menyemak dan memuat turun penyata kewangan peserta.Peserta kemudiaannya membuat sendiri semakan dengan bantuan petugas. |
Tujuan |
|
Program ini bertujuan untuk menyambut hari raya bersama komuniti setempat selan merapatkan silaturrahim dan menjalin hubungan Bersama agensi setempat |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini,Pusat Internet dapat mempromosikan peranan dan kemudahan yang disediakan selain meengeratkan hubungan dengan komuniti setempat. Program dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengerusi MPKK Kg Jambu Rias dan diteruskan dengan jamuan makan dan majlis ramah mesra.Petugas mengambil peluang mendekati komuniti dengan menerangkan pelbagai kemudahan yang terdapat di PI selain mengajak semua yang hadir ke Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet 2019. |
Tujuan |
|
Latihan ini bertujuan membantu pelajar menggunakan Microsoft Word dalam menyiapak tugasan Sekolah . |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta dapat meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft Word seperti penggunaan tulisan,siaz dan warna dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Petugas menunjukkan cara untuk menukar tulisan,siaz dan warna dan meminta pelajar untuk menaip sendiri tugasan bagi matapelajaran TMK.Petugas turut membantu pelajar menyiapkan kerja sekolah dan membantu meningkatkan kemahiran mereka menggunakan komputer bagi memastikan mereka memahami cara dan teknik menggunakan Microsoft Word. |