Tujuan |
|
Meningkatkan kemahiran peserta dalam mengunakan aplikasi atas talian untuk membuat poster.
|
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini peserta dapat mempelajari cara untuk menghasilakan poster yang menarik menggunakan web Postermywall dengan bantuan petugas. Petugas memulakan kelas dengan penerangan ringkas berkenaan pertandingan mencipta poster. Mereka diminta untuk membuat kad hari guru beserta ucapan ikhlas buat guru mereka. Kemudian setelah siap, mereka diarahkan untuk memuatnaik kad mereka dalam aplikasi Dashboard (My Komuniti). |
Tujuan |
|
Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan konsep perniagaan dalam Tupperware dan taklimat ringkas berkenaan mencegah dadah dalam kalangan masyarakat selain memberi kesedaran tentang kewujudan PI |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini peserta dapat mengetahui tentang produk Tupperware selain teknik perniagaan yang dijalankan.Peserta turut mendapat info tentang cara mencegah pengaruh dadah selain dimaklumakan tentang peranan pusat internet.Turut dijalankan pemeriksaan kesihatan(My Health) pada program tersebut. Ucapan aluan dari pengerusi majlis.Petugas pusat internet membuat pemeriksaan kesihatan kepada para peserta yang hadir.Peserta kemudian diberi taklimat berkenaan produk Tupperware.Program diteruskan dengan taklimat dari pegawai PEMADAM Bentong dan program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. |
Tujuan |
|
Meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft Word untuk menghasilkan sura rasmi selain mengunakan aplikasi Dashboard Komuniti secara optimum. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahui cara menghasilkan surat rasmi dengan menggunakan Microsoft Word selain mengetahu fungsi Dashboard komuniti kepada orang awam. Peserta ditunjukkan beberapa contoh surat rasmi dan petugas meminta peserta untuk menaip surat rasmi mengikut format yang betul.Peserta kemudian diajar cara untuk memuat naik artikel,membuat aduan dan mengemas kini produk perniagaan di Dashboard Komuniti. |
Tujuan |
|
Meningkatkan kebolehan peserta menggunakan daya pemikiran yang kreatif untuk mewarna secara atas talian. |
|
Aktiviti |
|
Melalui aplikasi pembelajaran ini,peserta dapat meningkatkan kemahiran menggunakan computer,tetikus dan membuat pemilihan warna yang sesuai untuk mewarna gambar secara atas talian. Peserta diminta untuk mewarna secara atas talian menggunakan computer sambil dipantau oleh petugas.Peserta turut diajar pemilihan warna yang sesuai untuk diletakkan pada objek yang dipilih. |
Tujuan |
|
Meningkatkan kemahiran peserta untuk menjalankan sebarang transaksi menggunakan perbankan atas talian. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahui cara-cara membuat bayaran Astro secara atas talian mengunakan akaun BSN online. Petugas memberi penerangan berkenaan fungsi perbankan dalam talian untuk urusan penting terutama untuk membuat bayaran perkhidmatan,barangan dan lain-lain.Peserta keemudiannya diajar cara membuat transaksi bayaran bil bulanan astro melalui akaun perbankan peserta.Peserta kemudian diminta mengulangi langkah-langkah yang diajar untuk memastikan kefahaman peserta terhadap perkara yang telah dipelajari. |