Tujuan 

Latihan ini dijalankan bagi menguji daya kreatif para pelajar dalam mencipta kad hari ibu

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahui cara untuk membuat kad ucapan untuk hari ibu dengan lebih menarik dan mudah. Dengan mengunakan aplikasi postermywall mereka dapat membuat kad ucapan dengan pelbagai pilihan corak yang cantik.  Bagi permulaan, peserta diberi penerangan tentang web canva.com yang mana lebih sesuai untuk digunakan kerana lebih mudah dan menarik. Kemudian petugas menunjukkan kepada para peserta  untuk memilih corak yang terdapat dalam aplikasi tersebut kemudian menyunting kad tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Mereka diarahkan untuk meletakkan ucapan khas untuk ibu masing-masing dalam kad tersebut bagi menyatakan dan menyampaikan isi hati mereka kepada ibu tercinta.

Tujuan 

Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan Microsoft Word terutamanya untuk menyiapakan kerja sekolah

   

Aktiviti 

Peserta dapat mempelajari perkara asas dalam menggunakan Microsoft Word seperti size,jenis dan warna tulisan,bentuk dan gambar.  Peserta diberi pendedahan berkenaan perkara asas dalam menggunakan Microsoft Word.Peserta ditunjukkan contoh untuk menaip perkataan ringkas dan mengubah warna serta size.Peserta kemudian diminta untuk menyiapkan sedikit tugasan ringkas untuk menguji kefahaman peserta berkenaan topic yang dipelajari.

Tujuan 

Latihan ini bertujuan melatih kemahiran dan pengetahuan peserta menggunakan Microsoft Publisher selain mendegar taklimat KDB dan memuat naik artikel ke Dashboard Komuniti.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para peserta menggunakan Microsoft Publisher dalam mencipta kad ucapan sempena menyambut bulan Ramadan. Selain itu, dapat menonjolkan kreativiti peserta dalam mencipta kepelbagaian jenis kad yang menarik.  Sebelum latihan mencipta kad ucapan sempena menyambut bulan Ramadan dimulakan, petugas memberi sedikit taklimat kepada para peserta berkaitan Microsoft Publisher dan juga krateria-krateria kad ucapan yang cemerlang. Setelah selesai, semua peserta mula mencari gambar-gambar berkaitan bulan Ramadan. Kemudian mereka mula mencipta bait-bait ucapan dan menghias kad ucapan mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu,peserta turut diminta untuk mencari artikel berkaitan untuk dimuatnaik ke Dashboar Komunti.Antara aktiviti lain,peserta turunt ditayangkan video KDB bertajuk Tidak Pasti Jangan Kongsi.

Tujuan 

Pertandingan ini bertujuan melatih kemahiran dan pengetahuan peserta menggunakan Microsoft Publisher.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini dapat memudahkan peserta untuk mengisi kekosongan jawatan daripada pelbagai agensi dan jabatan melalui atas talian. Latihan ini juga membantu peserta untuk reset semula kata laluan Facebook kerana terlupa kata laluan.  Petugas memberi penerangan ringkas mengenai website-website yang menawarkan pekerjaan atas talian seperti TNB career. Petugas membantu peserta untuk mengisi maklumat diri dan kelulusan dalam borang yang terdapat dalam website tersebut. Kemudian petugas juga membantu peserta untuk membuat semula kata laluan facebook beliau kerana peserta telah lupa kata laluan.

Tujuan 

Latihan ini bertujuan untuk memperkenalkan secara lisan perkakasan komputer dan fungsinya kepada pelajar.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini pelajar Pra Sekolah dapat mengenali perkakasan komputer serta fungsi bagi setiap perkakas. Dengan cara ini para pelajar lebih mudah memahami cara menggunakan komputer setelah mengetahui semua perkakas dan fungsinya malahan membuatkan mereka tidak kekok untuk menggunakan komputer kelak.  Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta iaitu para pelajar dan tetamu yang lain. Setelah itu guru membacakan buku tauladan kepada semua para pelajar dengan menyatakan pengajaran tentang kisah yang dibacakan di akhir penceritaan. Kemudian sesi membaca bersama 10 minit bermula dengan setiap seorang pelajar diberikan buku untuk dibaca termasuk tetamu lain. Setelah selesai, petugas Pusat Internet Kg. Jambu Rias mengambil alih program dengan mengadakan Kelas Perkenalan Perkakasan Komputer kepada pelajar pra sekolah. Petugas menunjuk gambar setiap perkakas komputer kemudian menerangkan fungsi-fungsinya.