Tujuan |
|
Latihan ini bertujuan untuk membantu peserta membuat jadual rekod pengeluaran gas dalam masa sebulan. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini petugas dapat membantu peserta menjimatkan masa dengan menyunting jadual sedia ada kemudian menambah kotak jadual lain supaya peserta tidak perlu menaip semula jadual yang sedia ada. Permulaan latihan ini, peserta diminta memuatnaik gambar jadual yang telah di scan kedalam komputer untuk proses menyunting. Kemudian peserta membuka paint untuk menyunting jadual dengan memadam dan membuang kotak jadual yang tidak diperlukan. Setelah siap, dengan tunjuk ajar petugas kemudian peserta copy paste gambar jadual yang telah siap disunting kedalam Microsoft word untuk menambah kotak jadual seperti yang dimahukan. Langkah ini dapat menjimatkan banyak masa peserta supaya peserta tidak perlu membuat semula jadual daripada mula. |
Tujuan |
|
Menunjuk ajar kepada peserta bagaimana cara untuk memuat turun lagu daripada internet |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini peserta dapat mengetahui cara memuat turun lagu dengan cara yang betul dan mudah dengan menggunakan aplikasi atas talian.Peserta diberi tunjuk ajar memuat turun lagu daripada komputer dengan membuka aplikasi atas talian yang membolehkan peserta memuat turun lagu mp3 dari pelbagai medium sebagai contoh daripada You tube. Malahan peserta juga dapat memuat turun lagu dalam pelbagai bentuk format yang dimahukan. Melalui latihan ini, memudahkan peserta untuk mencari lagu untuk tujuan pertandingan karaoke, program-program, untuk majlis kenduri kendara dan pelbagai lagi. |
Tujuan |
|
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang peranan media massa dan cabaran masa kini dalam perspektif Islam. |
|
Aktiviti |
|
Melalui program ini pengunjung didedahkan dengan isu media sosial,baik buruk media massa dan cabaran dari perpektif islam.Selain itu,pengunjung turut berpeluang bertanyakan soalan yang berkaitan.Program dimulakan dengan ucapan aluan dari pengerusi program.Seterusnya diadakan pertandingan mewarna KDB untuk murid tadika dan sekolah rendah.Forum Perda bertajuk Media Massa:Cabaran Masa Kini Dalam Perspektif Islam dimulaka.Pelbagai isu dibincangkan dan persoalan diutarakan.Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cabutan nombor bertuah. |
Tujuan |
|
Latihan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Giat Mara tentang asas keusahawanan,dan perkara-perkara asas ICT. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta dapat mempelajari cara membuat resume format terkini,asas keusahawanan,mencipta logo dan poster perniagaan serta web-web berkaitan permainan pendidikan. Latihan ini dimulakan dengan petugas memberi penerangan kepada peserta berkenaan fungsi dan peranan pusat internet.Petugas kemudian memberi cabaran kepada peserta untuk menjawab kuiz-kuiz online berkaitan kursus yang diambil mereka.Peserta Kemudian diajar cara membuat logo dan poster perniagaan.Peserta kemudian diajar pula mengenai latihan asas keusahawanan dan diminta untuk membuat pembentangan berkenaan perniagaan yang diusahakan. |
Tujuan |
|
Mesyuarat diadakan untuk membincangkan perancangan dan persediaan akhir program komuniti selain diselitkan hal-hal berkaitan komuniti setempat dan fungsi serta peranan pusat internet kepada orang ramai. |
|
Aktiviti |
|
Mesyuarat dimulakan dengan sedikit taklimat ringkas berkenaan kempen Klik Dengan Bijak yang dijalankan oleh pusat internet selain peranan dan fungsi PI kepada komuniti setempat.Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan perbincangan menyeluruh mengenai persediaan akhir bagi menjayakan program komuniti.Setiap tanggugjawab diperincikan bagi melancarkan sebarang perkara pada hari program anjuran bersama Pusat Internet Kg Jambu Rias,MPKK Kg Jambu Rias,MPKK Kg Lengkong,Masjid Al Ehsan,Belia 4b Bentong dan NGO.. |