Tujuan 

Program ini diadakan bagi menggalakkan aktiviti sihat di kalangan aktiviti dengan pelbagai aktiviti ict,permainan tradisional dan kuiz keagamaan.

   

Aktiviti 

Melalui program ini peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT seperti menaip  pantas,kuiz KDB,permainan tradisional dan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.Selain merapatkan silaturrahim,peserta juga dapat mempelajari pelbagai perkara baru.  Program dimulakan dengan sesi pendaftaran pengunjung dan peserta bagi setiap ketegori pertandingan serta aktiviti. Pertandingan pertama yang dilaksanakan iaitu pertandingan mewarna yang disertai oleh 13 orang kanak-kanak di aras atas dan pada masa yang sama di aras bawah pula berlangsung pertandingan Menaip pantas. Setelah itu, berlangsung pula kuiz KDB, Quizizz & word search. Tambahan pula terdapat aktiviti bermain congkak oleh Perpustakaan Desa Jambu Rias,Pertandingan tulisan khat, menjawikan teks & juga Pertandingan azan dari guru KAFA SK Jambu Rias. Malahan, yang menarik adalah kunjungan Pegawai Khas N35 Sabai, En Mohd Azlan melihat sendiri program berlangsung dan beliau juga menggunakan perkhidmatan My Health untuk memeriksa kesihatan.

Tujuan 

Program ini dijalankan unuk memberi peluang kepada komuniti setempat menjalani pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan positif seperti kem motivasi diri bersama Favaurite Station Speaker,kelas Klik Dengan Bijak bersama Pusat Internet dan kelas-kelas agama bersama Biro Masjid.Turut diadakan adalah aktiviti santai permainan tradisional.

   

Aktiviti 

Melalui program ini peserta  dapat memotivasikan diri dengan pelbagai semangat dan aura yang positif melalu kem motivasi kenali diri.Peserta turut mendapat pendedahan mengenai KDB melalui tayangan video dan taklimat KDB serta kuiz-kuiz ict selain ilmu agama yang beermanfaat serta aktiviti rehat minda.  Program dimulakan dengan kelas kenali diri dari Favaurite Station Speaker,Kemudian diteruskan pula kelas keagamaan oleh Biro Masjid.Slot seterusnya adalah kelas ict dan KDB oleh PI.Tayangan video dan taklimat yang bersesuaian telah disampaikan kepada peserta terlibat.Seterusnya aktiviti permainan tradisional dimulakan dan diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

 

Tujuan 

Aktiviti ini  diadakan bagi  membantu pelajar meningkatkan kemahiran membuat poster secara atas talian.Peserta turut diajar cara menggunakan aplikasi dashboard(My Komuniti)

   

Aktiviti 

Melalui program ini peserta dapat memahirkan diri membuat poster menggunakan web postermywall.Peserta diajar cara memilih design,menukar warna tulisan dan saize,memilih objek untuk meenghiasi poster dan lain-lain.Peserta turut mempelajari cara membuat hebahan di aplikasi Dashboard iaitu My Komuniti.  Petugas membantu peserta membuat hebahan di  my komuniti.Peserta kemudian diajar cara menggunakan postermywall.Peserta berumur 4 tahun diajar cara mewarna secara online. Peserta diajar cara memilih design,menukar warna tulisan dan saize,memilih objek untuk meenghiasi poster dan lain-lain.Peserta turut diajar untuk memuatnaik poster yang dihasilkan dan disimpan ke desktop.

 

Tujuan 

Aktiviti ini diadakan untuk membantu peserta cara mengedit video mudah menggunakan Filmora.

   

Aktiviti 

Melalui program ini peserta dapat mempelajari cara mengedit video asas menggunakan aplikasi Fimora untuk tugasan kursus. Petugas menunjukkan cara memuat turun terlebih dahulu aplikasi Filmora.Retugas kemudian meminta peserta menyimpan gambar yang igin diedit terlebih dahulu ke dalam folder untuk meemudahkan carian.Petugas kemudiian menunjukkan cara mengedit video dan meminta peserta meneruskan tugasan bagi memastikan tahap pemahaman  peserta.

Tujuan 

Program  ini telah dirancang oleh 3 pihak iaitu dari Pusat Nadi Tahfiz  Al Baghdadi,Perpustakaan Desa Kg Jambu Rias dan Pusat Internet Kg Jambu Rias sendiri.Program khusus untuk cuti sekolah anak-anak yang berumur 6-17 tahun ini bertujuan untuk memberi peluang pelajar mempelajari ilmu agama disamping  mengetahui dan mempelajari perkara berkaitan asas ict dan u-pustaka.

   

Aktiviti 

Melalui program ini peserta dapat mempelajari cara bacaan tajwid dengan betul,hafazan,praktiikal wuduk dan  solat,pengurusan jenazah,taklimat advokasi,kuiz ict,kelas Microsoft Word,aktiviti U-Pustaka dan lain-lain.  Bagi slot Pusat Internet,petugas pada hari pertama  telah memberi sedikit taklimat Buli siber kepada para peserta.Peserta kemudiannya diberi soalan berkaitan ict.Seterusnya,petugas mengajar cara membuat carta pai menggunakan Microsoft word.Pada hari kedua,peserta dibeeri kuiz berkaitan KDB dan juga  diajar cara menggunakan Microsoft Power Point.