Tujuan 

Aktiviti ini dijalankan bertujuan memberi pendedahakan kepada komuniti tentang aplikasi dashboard komuniti dan kempen mobile e-waste.

   

Aktiviti 

Melalui program ini peserta dapat mengetahui tentang penggunaan aplikasi dashboard komuniti seperti my health untuk membuat pemeriksaan tekanan darah dan bacaan gula serta my komuniti untuk membuat hebahan.Peserta juga memahami tentang kempen mobile e-waste yang sering diwar-warkan di pusat internet. Petugas meminta peserta memuat turun aplikasi dashboard dan membuat satu hebahan di My Komuniti dan membeeri taklimat berkenaan fungsi My Komuniti.Petugas kemudian membuat pemeriksaan kesihatan kepada peserta dan kemudian memberi taklimat e-waste.

Tujuan 

Latihan ini dilaksanakan bagi menguji pengetahuan dan kefahaman para pelajar mengenai fungsi-fungsi di dalam Microsoft Word.

   

Aktiviti 

Melalui latihan ini petugas dapat mengukur pengetahuan dan kefahaman para pelajar mengenai fungsi-fungsi di dalam Microsoft Word yang telah dipelajari ketika kelas terdahulu. Malah dengan latihan ini para pelajar dapat mengulangkaji semula apa yang telah dipelajari semasa kelas sebelum ini.  Sebelum latihan dimulakan, terlebih dahulu petugas memberi penerangan semula tentang bagaimana mahu memasukkan gambar, membuat pelbagai pergerakan tulisan menggunakan word art dan juga penggunaan text box. Setelah perkara tersebut diterangkan kemudian para pelajar bergilir-gilir membuat latihan teks berformat.

Tujuan 

Pelbagai program telah dirancang dengan kerjasama pihak SK Jambu Rias dan Perpustakaan Desa Kg Jambu Rias berkaitan pembangunan ict untuk meningkatkan kemahiran pelajar terutamanya dalam menggunakan kemudahan internet dan komputer dan amalan membaca. PI turut memberi peluang kepada sukarelawan ict untuk mengetengahkan pengetahuan dan kebolehan mereka dalam bidang ict.

   

Aktiviti 

Melalui program yang berperingkat ini para pelajar dapat pelbagai ilmu baru berkaitan KDB dan Check Your Label.Pelajar turut diterapkan dengan nilai-nilai membaca di kalangan pelajar.  Petugas memulakan taklimat KDB kepada pelajar dan memulakan kelas Aplikasi pembelajaran diikuti dengan pembelajaran suntingan imej menggunakan canva.com.Pada akhir kelas,pelajar diajukan soalan berkaitan KDB.

 

Tujuan 

Aktiviti ini diadakan bagi menyalurkan maklumat kepada peserta mengenai gejala buli siber

   

Aktiviti 

Melalui program ini peserta mendapat pendedahan mengenai gejala buli siber serta kesannya kepada msyarakat. Petugas memberi taklimat ringkat berkenaan video KDB terutamanya buli siber.Petugas kemudian meminta peserta menonton video Buli Siber serta memahami kesan buruk dari gejala ini.

Tujuan 

Program ini bertujuan memberi peluang kepada peserta untuk menguruskan akaun media sosial mereka sendiri.

   

Aktiviti 

Melalui program ini pelajar dapat meningkatkan kemahiran IT dengan membuka sendiri akaun gmail dan fb selain dapat mempelajari teknik pembelajaran secara online. Pada jam 2.30 petang petugas Pi memulakan kelas dengan mengajar cara membuka akaun gmail dan meminta menhantar dokumen menggunakan emel.Kemudian peserta diajar cara membuat akun FB. Setelah siap,peserta diajar cara bermain permainan pendidikan atas talian menggunakan quizizz.com