Perusahaan Kedai Runcit yang menyediakan keperluan lengkap seisi rumah di Kg Jambu Rias dan kampung sekitar ini diusahakan oleh anak jati kampung ini.

 

 

Selain itu, terdapat juga perusahaan batik yang menjadi salah satu kebanggaan masyarakat kampung. Perusahaan batik ini yang diberi nama Unique Touch Sdn Bhd adalah hasil usaha daripada anak jati kampung ini iaitu En Zulkifli.

 

                                                                      

 

Perniagaan Gas Petronas iaitu bertindak sebagai pembekal gas petronas juga adalah sebuah kejayaan yang menjadi kebanggaan masyarakat kampung. Perniagaan ini telah melebarkan perkhidmatan membekalkan gas bukan sahaja di kampung tetapi telah meliputi seluruh kawasan Pekan Karak dan kawasan sekitarnya. Perniagaan ini diusahakan oleh En Jamil Bin Hashim yang juga merupakan anak jati Kg Jambu Rias.