Pada 1 Oktober 2021 yang lepas, telah berlangsungnya pemberian vaksin dos ke 2 bagi penduduk Kg. Jambu Rias dan sekitarnya. Program ini berlangsung di Dewan MPB Kg. Jambu Rias daripada jam 9.00 pagi sehingga 3.30 petang. Program ini dijalankan bagi menerima sahutan kerajaan supaya semua penduduk Malaysia dan warga asing menerima lengkap dos vaksin. Program tersebut mendapat sambutan yang mengalakkan daripada penduduk setempat dan juga pekerja warga asing yang bekerja dan tinggal dikawasan sekitar.

Pada 23 Nov 2019 yang lepas telah berlangsungnya aktiviti sukan futsal bagi kanak-kanak lelaki dan bola jaring bagi kaum wanita. Aktiviti diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara komuniti selain mewujudkan persekitaran yang sihat dengan menganjurkan pertandingan sukan antara pelajar sekolah selain memberi peluang kepada komunit dewasa untuk turut serta dalam aktiviti yang diadakan.

Peserta yang terlibat dapat memberikan kerjasama berkumpulan dan merapatkan silaturrahim sesama mereka selain mewujudkan persekitaran yang sihat dengan bersukan.  Program dimulakan dengan aktiviti zumba dan ucapan aluan pengerusi majlis.Aktiviti diteruskan dengan pertandinga fustsal dan bola jarring cilik diikuti Pertandingan yang sama bagi kategori dewasa.Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Pada 21 Julai 2019 yang lalu MPKK Kg. Lengkong telah mengadakan gotong-royong membersihkan Empangan Sg. Poh bagi persediaan untuk Program Kenduri Sekampung pada 4 Ogos 2019. Program ini melibatkan seramai 17 peserta yang bermula dari 8.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Melalui aktiviti ini,komuniti dapat bersama-sama mengeratkan silaturrahim dan berkongsi maklumat semasa. Disamping itu juga, petugas mengedarkan flyers Myfreeview dan memberi sedikit taklimat serta hebahan kepada semua penduduk kampung yang hadir.

 

Assalamualaikum..

Semua komuniti dijemput hadir..

 

Pada 19 November 2017 (Ahad) yang lalu telah berlangsungnya Program Kesihatan anjuran KOSPEN Kg. Jambu Rias dengan kerjasama JKKK KG. Jambu Rias. Program tersebut telah diadakan di dewan Serbaguna Kg. Jambu Rias yang bermula pada 7.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Melibatkan beberapa pihak seperti Klinik Kesihatan Karak, KOSPEN Kg. Jambu Rias dan juga Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias. Program tersebut bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada komuniti daripada golongan kanak-kanak sehingga warga emas bagi mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian kita.

Terdapat beberapa aktiviti sepanjang program tersebut berlangsung seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh persatuan KOSPEN Kg. Jambu Rias, ceramah kesihatan daripada Klinik Kesihatan karak, tarian zumba, pertandingan badminton, pertandingan seribu langkah dan cabutan bertuah. Pusat Internet 1 Malaysia juga mengadakan beberapa aktiviti seperti kuiz klik dengan bijak (KDB) dan juga E-Waste. Setelah selesai semua aktivti para peserta dan jemputan dijamukan dengan menu masakan sihat. 

Gambar Disini