Assalamualaikum.

Setelah mengambil kira tahap risiko yang mungkin berlaku, kami Pusat Internet Kg. Jambu Rias dengan ini membatalkan Program School Holiday Attack atas nasihat pihak atasan. Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan.

Diharapkan ibu bapa dapat menyampaikan maklumat ini kepada anak-anak dan nasihatkan mereka supaya lebih banyak berada di rumah bagi membendung penularan covic-19.

Sekian. Terima kasih.

Assalamualaikum..

Sempena cuti sekolah Mac 2020, kami petugas Pusat Internet Kg. Jambu Rias akan mengadakan Program School Holiday Attack! untuk pelajar-pelajar sekolah seperti ketetapan yang beriku😊
Mohon ibu bapa untuk menyampaikan maklumat ini kepada anak-anak supaya mereka boleh menyertai program ini bagi mengisi cuti mereka dengan aktiviti yang berfaedah 😉😍

Sekian. Terima kasih😁

Objektif Pertandingan

  1. Menggalakkan dan mengukuhkan hubungan PI dan Komuniti
  2. Mempromosi PI melalui you tube untuk tontonan tempatan dan global
  3. Mengenalpasti objektif PI tercapai dikalangan komuniti
  4. Mengenalpasti PI yang berpontensi untuk program sustainability

 

Tajuk : Kepentingan Pusat Internet kepada Masyarakat 

contoh tajuk : Perniagaanku maju Dengan Pusat Internet (Kedah)

 

Video perlu diemelkan ke emel  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. , beserta nama, No ic dan lokasi Pusat Internet  tempat anda 

 

Tarikh Tutup : 25 Oktober 2019

Tarikh Tutup Pengundian top 10 : 25 Nov 2019

Tarikh Pengumuman Pemenang : Disember 2019

 

*pemenang tempat pertama, tempat kedua, tempat ketiga dan 5 saguhati adalah untuk setiap negeri

Assalamualaikum.

Untuk makluman semua dengan kerjasama Perpustakaan Desa Jambu Rias, sekarang di Pusat Internet sudah menyediakan buku-buku untuk dibaca oleh pelajar-pelajar sekolah yang selalu datang ke sini. Selain membuat kerja sekolah, melayari internet, sekarang pelajar boleh membaca buku bagi mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah😊 jadikan membaca sebagai amalan harian.

Sejak tahun 2009 sehingga ke hari ini, seramai 885 orang pengguna telah berdaftar sebagai ahli Pusat Internet  Kg. jambu Rias. Kebanyakkan ahli merupakan penduduk setempat dan penduduk daripada kampung berhampiran. Berikut jumlah ahli pada bulan ini :