Pada 26 Mac 2022 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Program Bicara Santai Menjelang Ramadhan, bertempat di Masjid Al-Ehsan Jambu Rias. Program ini telah menarik minat 50 orang wanita untuk menyertai aktiviti-aktiviti kerohanian menjelang Ramadhan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Masjid Al-Ehsan Jambu Rias, Perpustakaan Desa Jambu Rias, PEDi Kg. Jambu Rias dan Kumpulan Marhaban An-Nur. Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga jam 1 petang. Antara aktiviti yang dijalankan seperti solah dhuha, bacaan Yassin, tazkirah santai mengenai hukum tajwid dan selawat.