Pada 25 Oktober 2018 yang lalu telah berlangsungnya Program Gorgeous With DYXY di Pusat Internet Kg. Jambu Rias. Seramai 20 orang wanita hadir mempelajari teknik bersolek melalu bengkel anjuran bersama pihak stokes DYXY Temerloh.Selain itu,peserta yang hadir turut diberi taklimat mobile e-waste dan dijalankan juga pemeriksaan kesihatan percuma kepada peserta berumur 18 tahun ke atas yang telah mendaftar menjadi ahli PI.  Petugas memberi taklimat ringkas tentang fungsi pusat internet.Peserta turut dimaklumkan tentang kempen mobile e-waste.Selain itu,petugas turrut menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma kepada peserta yang hadir.Selepas tu,wakil stokes DYXY daerah Temerloh memulakan bengkel solekan.Semua peserta yang hadir diberi peluang untuk di makeover.