Pada 23 April lalu, wanita Kg. Lengkong telah mengadakan Kelas PKK bagi demo membuat bunga telur daripada kertas crepe. Seramai 6 orang yang terlibat dalam kelas ini. Pn Nortipah menunjukan cara-cara membuat bunga telur tersebut secara terperinci supaya peserta yang hadir dapat membuat sendiri di rumah selepas kelas tersebut. Disamping itu juga, petugas Pusat Internet Kg. Jambu Rias menjalankan program kesedaran kepada mereka dengan memberi penerangan tentang 'check your label' pada peranti seperti telefon pintar sebelum membelinya. Tambahan pula, petugas juga memberi penerangan tentang mobile e-waste iaitu cara yang terbaik untuk melupuskan sisa elektronik tanpa mencemarkan alam.