Bengkel Pemakan Sihat yang dianjurkan oleh kelas PKK Kg Lengkong telah diadakan pada 19 Oktober yang lalu. Para jemputan terdiri daripada ahli-ahli kelas PKK Kg Lengkong dan juga wanita-wanita Kg Lengkong. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu-ibu dan suri rumah tentang makanan sihat yang perlu diambil dalam seharian kita.

Pada program tersebut pada jemputan telah diberi taklimat tentang makanan sihat oleh wakil daripada Jabatan Kesihatan Karak. Kemudian mereka diberi demo masakan makanan sihat daripada wakil ahli kelas PKK Kg Lengkong. Setelah selesai para jemputan diberi jamuan ringan dan bersurai.

 

Wanita

 

Kegiatan wanita-wanita di Kampung Jambu Rias lebih tertumpu kepada perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Perusahaan tersebut ialah memproses daun getah kering untuk kraftangan serta membuat kek, roti, kuih dan kerepek untuk dijual di restoran, gerai dan warung sekitar pekan Karak dan kampung sekitar. Kegiatan mereka ini adalah usaha segelintir wanita di bawah sebuah persatuan yang ditubuhkan untuk menambahkan pendapatan kaum wanita dan suri rumah-suri rumah dengan kerjasama RISDA iaitu Persatuan Wanita Pekebun Kecil RISDA (PWPK). Persatuan ini bergerak aktif mengikut jadual dan aktiviti yang telah dirancang oleh pengerusi dan ahli-ahli yang terlibat.

Antara aktiviti terbaru yang dijalankan oleh kaum hawa di Kg Jambu Rias ini ialah Projek Tanaman Semula Pokok Getah yang mana menghasilkan pucuk-pucuk daun getah yang akan dijadikan bunga dan hasil kraftangan yang lain. Projek ini juga dijalankan di bawah pemantauan pihak RISDA dan dijadikan sebagai aktiviti untuk PWPK Kg Jambu Rias. Di bawah adalah sebahagian gambar-gambar aktiviti mereka semasa proses memetik daun getah yang sudah matang untuk digubah menjadi bunga.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tanggal 7 November 2015, bertempat di Dewan Orang Ramai Kg. Lengkong, telah berlangsung Hari keluarga MPWK Parlimen Bentong. Ramai penduduk setempat terutama kaum ibu dan bapa hadir bagi memeriahkan majlis.

Majlis tersebut dimulakan dengan mendengar ceramah agama daripada ustaz yang telah dijemput khas. Kemudian majlis diteruskan dengan acara mengacau asyura beramai-ramai yang dilakukan diluar dewan. Setalah selesai mereka mengagih-agihkan asyura kepada hadirin yang hadir. 

 

Pada 22 Jun 2016 yang lalu telah berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran yang dianjurkan oleh Kelas PKK Kg. Lengkong. Majlis tersebut telah diadakan di surau Kg. Lengkong. Seramai 28 orang wanita warga Kg. Lengkong hadir pada majlis tersebut. Majlis yang bermula pada 10.30 dan selesai pada 12.00 tengahari tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Kelas PKK KG, Lengkong iaitu Puan Nortipah Binti Dollah Sani. Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Puan Nortipah Binti Dollah Sani kemudian sejurus itu majlis tadarus pun bermula. Setelah selesai majlis tadarus, Puan Nortipah Binti Dollah Sani menyumbangkan sekotak kurma untuk setiap jemputan. 

 

 

 

Bertempat di Dewan Orang Ramai Kg.Lengkong pada 1 Oktober 2015 (Khamis) telah berlangsung Program Malaysia Dihatiku Sehati Sejiwa. Program tersebut telah dianjurkan oleh Kelas PKK Kg.Lengkong bersama KEMAS dengan kerjasama daripada Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Jambu Rias. En Saharudin selaku penyelia KEMAS Parlimen Bentong telah hadir bagi merasmikan program tersebut dan dengan bebesar hati telah membantu mewarkan Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Jambu Rias sebagai platform kepada usahawan untuk mempromosikan perniagaan masing-masing. 

Pada program tersebut, telah diadakan Pertandingan Masakan & Gubahan Bunga dan telah memperolehi penyertaan yang memberangsangkan oleh penduduk setempat yang ratanya adalah kaum ibu. Terdapat tiga jenis masakan yang dipertandingkan iaitu kerabu, rendang ayam dan pencuci mulut. Para peserta sangat bersemangat dan kreatif dalam mempersembahkan hidangan masing-masing dan juga gubahan bunga mereka.

Tambahan pula, Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Jambu Rias telah menyumbangkan 20 hadiah bagi sesi cabutan bertuah bagi menarik minat orang ramai untuk hadir memberi sokongan kepada program tersebut.