Program Jari Jemari Kreatif

Pada 30 Mei yang lalu PI1M Kg Jambu Rias mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bentong untuk mengadakan program Klik Dengan Bijak sebagai aktiviti selingan untuk program Jari Jemari Kreatif (demostrasi masakan). Ramai peserta daripada golongan dewasa dan warga emas hadir menyertai program tersebut. Pada hari tersebut terdapat juga penerangan tentang kesihatan dari pegawai kesihatan daripada Klinik Kesihatan Karak. Pada program tersebut wakil daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah menunjukkan demonstrasi masakan iaitu nasi arab dan ice blanded. Mereka juga membawa puding dan kek yang telah siap dimasak. Setelah program tersebut selesai sumua peserta dijemput menjamah juadah-juadah yang telah disediakan termasuk nasi arab yang telah dimasak dalam sesi demonstasi masak. Tidak lupa cabutan bertuah untuk para peserta yang disediakan oleh PI1M Kg Jambu Rias.