Pada 23 Julai 2017 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia telah menganjurkan Program Literasi ICT & Dashboard Komuniti 2017 dan seramai 55 orang peserta telah hadir pada program tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan untuk para peserta yang terdiri daripada kanak-kanak, belia, dewasa dan juga warga emas termasuk Latihan Keusahawanan.

Seramai 10 orang peserta yang telah menyertai latihan tersebut yang terdiri daripada peserta IKS dan juga wanita-wanita Kampung Jambu Rias dan juga Kampung Lengkong. Rata-rata mereka telah mempunyai perniagaan sendiri yang sedang usahakan seperti perniagaa mee kuning, kedai makan dan juga membuat kraftangan. Peserta diberi taklimat tentang medium perniagaan online iaitu My Shop yang boleh digunakan melalui aplikasi Dashboard Komuniti. Latihan tersebut diharap dapat membantu wanita-wanita yang juga usahawan supaya mendapat lebih peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka.  

 

 

Pada 18 Mac 2017 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Sayangi yang Muda Hormati yang Tua anjuran KOSPEN Kg. Lengkong. Program tersebut diadakan di Dewan Orang Ramai Kg. Lengkong  dan  program bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.

Acara dimulakan dengan aktiviti senam aerobic (zumba) yang disertai oleh kaum wanita, belia wanita dan segelintir kaum lelaki. Kemudian acara mewarna kanak-kanak yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tabika KEMAS Kg. Lengkong  pula berlangsung. Mereka dikehendaki mewarna gambar buah-buahan tempatan iaitu mengikut tema pemakanan sihat.

Sambil aktiviti-aktiviti yang lain berlangsung, para pengunjung yang datang juga boleh membuat pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh AJK KOSPEN Kg. Lengkong. Tambahan juga, di booth Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Bentong banyak aktiviti dijalankan seperti e-Waste, Teka Logo KDB, Kuiz KDB dan juga Word Search.

Terdapat juga cabutan bertuah kepada para penggunjung yang hadir dan juga pemberian beras kepada penduduk Kg. Lengkong sumbangan Dato’ Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia dan juga ahli Parlimen Bentong.

Bagi jamuan untuk para penggunjung, pasukan wanita Kg. Lengkong telah bergotong- royong menyediakan juadah sihat seperti Tom Yam sayur, ayam goreng, ulam-ulaman dan juga buah-buahan. Malahan sebelum berlangsungnya program tersebut mereka beramai-ramai bergotong-royong membersihkan dewan bagi kegunaan program yang akan berlangsung pada keesokannya (18 Mac 2017).

Noraswati Bt Abd Aziz

Pemilik "Family Kitchen"

Noraswati Bt Abd Aziz atau pun lebih mesra di panggil Kak Nora merupakan usahawan yang berjaya. Beliau juga merupakan AJK KOSPEN dan juga wanita yang aktif dalam perniagaan. Jika sebelum ini beliau aktif dalam penghasilan bunga hiasan daripada kertas warna kini beliau yang berasal dari Kg. Jambu Rias ini membuka perniagaan perkhidmatan penyediaan makanan atau pun katering. beliau memulakan perniagaan ini sejak tahun 2015 di sekitar Kampung Jambu Rias dan kampung berdekatan. Perkhidmatan ini merangkumi semua jenis majlis seperti majlis perkahwinan, mesyuarat dan sebagainya. Beliau menyediakan lauk pauk berdasarkan permintaan daripada pelanggan beliau dan mengikut pakej-pakej yang telah beliau sediakan.

Pada awalnya pelanggan yang menggunakan perkhidmatan beliau hanyalah  sekitar kampung yang berdekatan sahaja dan merupakan kenalan, saudara mara dan penduduk kampung sahaja.Kini setelah 2 tahun menjalankan perniagaan ini, pelanggan beliau semakin berkembang maju. Malahan dengan bantuan promosi dan hebahan melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram semakin ramai pelanggan daripada serata kawasan mengetahui perniagaan beliau. 

Bagi menajamkan lagi kemahiran beliau dalam dunia masakan, beliau mengikuti kelas masakan bersama Kolej Komuniti Bentong dan ada juga dari pihak lain. Tambahan pula, dari segi ilmu ICT beliau datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias bagi menambah ilmu ICT dan juga mengikuti Latihan Keusahawanan. 

Pada 21 Januari 2017 (Sabtu) yang lalu, Persatuan Wanita Kg. Jambu Rias dan Perpustakaan Desa Kg. Jambu Rias dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias telah mengdakan bacaan Yassin di Perpustakaan Desa Kg. Jambu Rias. Majlis bermula daripada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada petugas Perpustakaan Desa Kg. Jambu Rias dan kemudian bacaan Yassin dimulakan dengan diketuai oleh Ustazah Zainab Binti Uzae.

Setelah selesai bacaan Yassin, majlis diteruskan dengan program tambahan Klik Dengan Bijak bersama Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias.Mereka diberi penerangan tentang faedah internet dan cara pengawasan anak-anak ketika melayari internet. Semua yang terlibat pada hari tersebut diberi sedikit cenderahati daripada Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Jambu Rias dan juga Perpustakaan Desa Kg. Jambu Rias. Kemudian sedikit jamuan makan disediakan.