Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan membantu peserta dalam membuat QR Code MySejahtera untuk diletakkan di setiap premis perniagaan selaras arahan daripada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 
   

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat mengetahu cara mendaftar aplikasi Mysejatera dan meningkatkan kesedaran peserta dalam membantu pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara kita. Hal ini kerana, kerajaan mewajibkan kesemua premis perniagaan menggunakan QR Code MySejahtera bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. Petugas menunjukkan cara membuat QR Code My Sejahtera kepada peserta. Peserta diminta membuka laman sesawang mysejahtera.malaysia.gov.my dan mendaftar masuk. Kemudian, peserta memasukkan maklumat peribadi yang diperlukan dengan bantuan petugas. Setelah siap, peserta memuat turun QR Code tersebut untuk dicetak.

Gambar Disini