Pada 26 Mac 2022 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Program Bicara Santai Menjelang Ramadhan, bertempat di Masjid Al-Ehsan Jambu Rias. Program ini telah menarik minat 50 orang wanita untuk menyertai aktiviti-aktiviti kerohanian menjelang Ramadhan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Masjid Al-Ehsan Jambu Rias, Perpustakaan Desa Jambu Rias, PEDi Kg. Jambu Rias dan Kumpulan Marhaban An-Nur. Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga jam 1 petang. Antara aktiviti yang dijalankan seperti solah dhuha, bacaan Yassin, tazkirah santai mengenai hukum tajwid dan selawat. 

Pada 23 April lalu, wanita Kg. Lengkong telah mengadakan Kelas PKK bagi demo membuat bunga telur daripada kertas crepe. Seramai 6 orang yang terlibat dalam kelas ini. Pn Nortipah menunjukan cara-cara membuat bunga telur tersebut secara terperinci supaya peserta yang hadir dapat membuat sendiri di rumah selepas kelas tersebut. Disamping itu juga, petugas Pusat Internet Kg. Jambu Rias menjalankan program kesedaran kepada mereka dengan memberi penerangan tentang 'check your label' pada peranti seperti telefon pintar sebelum membelinya. Tambahan pula, petugas juga memberi penerangan tentang mobile e-waste iaitu cara yang terbaik untuk melupuskan sisa elektronik tanpa mencemarkan alam.

Assalamualaikum..

Untuk makluman para muslimat setempat, akan berlangsung Program Bicara Santai Menjelang Ramadhan pada 26 Mac 2022 bertempat di Masjid Al-Ehsan Jambu Rias. Atucara program adalah seperti berikut :

Oleh yang demikian, para muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Makanan juga akan disediakan terhad kepada 50 peserta sahaja.

Pada 25 Oktober 2018 yang lalu telah berlangsungnya Program Gorgeous With DYXY di Pusat Internet Kg. Jambu Rias. Seramai 20 orang wanita hadir mempelajari teknik bersolek melalu bengkel anjuran bersama pihak stokes DYXY Temerloh.Selain itu,peserta yang hadir turut diberi taklimat mobile e-waste dan dijalankan juga pemeriksaan kesihatan percuma kepada peserta berumur 18 tahun ke atas yang telah mendaftar menjadi ahli PI.  Petugas memberi taklimat ringkas tentang fungsi pusat internet.Peserta turut dimaklumkan tentang kempen mobile e-waste.Selain itu,petugas turrut menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma kepada peserta yang hadir.Selepas tu,wakil stokes DYXY daerah Temerloh memulakan bengkel solekan.Semua peserta yang hadir diberi peluang untuk di makeover.