Pembukaan terowong dan sebahagian lebuh raya baharu Kuala Lumpur – Karak ini kepada lalu lintas telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Abdul Ghani Gilong, Menteri Kerjaraya Dan Kemudahan-Kemudahan Awam pada 07.01.1978..
Terowong jalan raya yang pertama di Malaysia ini terletak di genting Sempah, panjangnya kira-kira 3 000 kaki, ditebuk di tengah-tengah bukit dan hutan yang melintasi sempada negeri Selangor dan negeri Pahang berdekatan dengan persimpangan jalan lama ke Genting Highlands.. Tingginya ialah kira-kira 2 000 kaki dari paras laut..

Tinggi terowong ialah 26 kaki dan lebarnya 32 kaki.. Di sepanjang terowong diterangi oleh lampu-lampu berwarna merah muda dan sekiranya bekalan elektrik terputus, stanby generator akan bertugas secara automatik. 

Para pengguna terowong ini tidak akan menghirup udara yang beracun seperti gas carbon monoxide atau gas-gas kotor yang lain kerana satu sistem di mana udara bersih dimasukkan ke dalam dan udara kotor dikeluarkan ada disediakan..
Selain dari itu, sistem mencegah dan memadam kebakaran juga dilengkapkan. Perkhidmatan telefon dan lain-lain kemudahan juga disediakan.. Tanda-tanda isyarat lalu lintas dan kawalan yang cukup di dalam terowong disediakan dan sebagai tambahan sebuah sistem kawalan melalui televisyen(CCTV) telah dipasang dengan menggunakan dua buah kemera..
Telefon darurat untuk menghubungi pengawal-pengawal terowong juga turut disediakan. Kakitangan JKR bertugas secara 24 jam di bangunan terowong itu dan sekiranya berlaku kecemasan seperti kemalangan atau kebakaran, pengguna-pengguna terowong adalah diminta menghubungi mereka dengan menggunakan telefon-telefon yang disediakan di sepanjang terowong itu..
Dengan terbukanya terowong lebuh raya ini yang serba indah dan lengkap di Batu 23 jalan Kuala Lumpur – Bentong dan sebahagian jalan baru, maka pengguna-pengguna jalan raya dari Batu 11(Mimaland) hingga ke Batu 28, akan mengalami dan merasai satu perubahan yang sungguh selesa dan menyenangkan.. Mereka tidak lagi mengikuti jalan yang berbengkang-bengkok, tidak lagi menemui selekoh-selekoh yang merbahaya, pendeknya tidak lagi melalui jalan yang berliku atau berkelok-kelok..

Jalan raya dari Batu 11 dan Batu 28 dengan terowong yang terpanjang terletak di Batu 23, Genting Sempah, merupakan sebahagian dari rancangan kerajaan meningkatkan keadaan jalan raya di antara Kuala Lumpur dengan Karak. Projek lebuh raya Kuala Lumpur – Karak ini bermula di Batu 3, Jalan Pahang Kuala Lumpur hinggalah ke batu 54 di pekan Karak.. Sungguhpun jarak lebuh raya baru ini hanya dapat dikurangkan sejauh tujuh batu sahaja, namun perjalanan di lebuh raya baru ini akan dapat dikurangkan sebanyak 45 minit dan dalam keadaan yang lebih selamat dan lebih selesa.

sumber : https://hazis.wordpress.com/2013/08/23/sejarah-terowong-genting-sempah/

Bentong merupakan salah satu daerah dalam PahangMalaysia. Daerah ini merangkumi kawasan seluas 1,831 km². Kedudukannya ke arah timur laut Kuala Lumpur, di sebelah bertentangan Banjaran Titiwangsa. Terletak bersebelahan dengan Daerah Gombak, Selangor, Bentong merupakan bandar yang semakin pesat membangun. Jalan Bentongmerupakan laluan utama ke Pantai Timur iaitu Kelantan. Bentong akan mempunyai komuter yang akan memhubungkannya dengan Kuala Lumpur. Di Bentong terdapat kawasan terkenal seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi.

Sejarah nama Bentong adalah daripada "banyak untung" kerana pada masa dahulu Bentong mempunyai lombong bijih timah. Ayat tersebut dikatakan oleh orang Cina yang melombong, sehingga akhirnya ia menjadi "Bentong".

 

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Bentong

 

 

Kawasan Kg. Jambu Rias

Kampung Jambu Rias ialah kampung tradisional yang terletak dalam Mukim Sabai, Daerah Bentong dan bersempadan dengan Daerah Temerloh. Telah wujud beratus tahun dahulu. Mula diterokai pada tahun 40-an oleh orang Melayu tempatan dan daripada situlah kampung ini mula berkembang dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan.   

Dari segi sejarah Kampung Jambu Rias mendapat namanya oleh kerana sepanjang jalan masuk ke perkampungan ini pada ketika dahulu terdapat banyak pokok jambu yang tumbuh melata. Setelah itu, kampung ini diberi nama sempena jambu tersebut yang rupa dan bentuknya seakan-akan kelopak bunga untuk perhiasan. Maka wujudlah Kampung Jambu Rias sejak itu sehingga kini. 

Maklumat tambahan, jarak dari kampung ini ke Pekan Karak 12km dan ke Bandar Bentong 28 km. Jalanraya merupakan sistem perhubungan utama yang menghubungi Bandar Bentong dan Temerloh. Terdapat juga Lebuhraya Pantai Timur yang menghubungi Kuala Lumpur ke Kuantan melintasi kawasan kampung. Sistem pengangkutan utama ialah kereta, bas dan teksi. Kepadatan penduduk melebihi 470 orang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Kegiatan ekonomi penduduk antaranya adalah penanaman dan pengeluaran hasil getah dan kelapa sawit dan industri hiliran yang berkaitan, pemprosesan hasil hutan, kilang papan serta kilang perabot. Malahan terdapat juga pencetakan batik dan perniagaan peruncitan, kedai makan, bengkel kereta dan kimpalan serta penternakan lembu dan kambing.

 


(sumber dipetik daripada laman web Komuniti Desa)