Tujuan 

Latihan ini bertujuan mempelajari asas animasi bergerak menggunakan Ms Power Point.

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat menghasilkan animasi yang menarik dan sangat membantu jika ingin membuat sesuatu slide presentasi. Latihan ini dimulakan dengan memberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer. Peserta diberi tugasan untuk mencari gambar (gif) di internet dan menyimpan di dalam folder. Petugas menunjukkan cara satu-persatu untuk membuat animasi kepada peserta.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai pengenalan asas Augmented Reality (AR) dengan menggunkaan aplikasi Quiver Vision 3D.

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat mengetahui apakah itu Augmented Reality (AR) dan dapat merasai pembelajaran yang berbeza kerana adanya gabungan objek termasuklah teks, gambar dan animasi. Peserta diberi sehelai kertas mewarna dan mereka perlu mewarna mengikut kretiviti masing-masing. Setiap siap, peserta diberi tablet untuk mengimbas QR code yang tertera di kertas mewarna mereka menggunakan aplikasi Quiver Vision dan  melihat hasilnya.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu para pelajar mahir menaip, tahu tentang konsep magnet dan spring serta kesedaran tentang buli siber.

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat mempelajari cara menaip dengan cepat melalui aplikasi atas talian. Selain itu, peserta diberi pendedahan tentang buli siber yang semakin berleluasa pada masa kini. Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan aplikasi atas talian bagi melatih jari untuk menaip dengan lebih pantas. Setelah itu, peserta diminta untuk menaip semula text tentang sahabat karib di Ms Word bagi melihat peningkatan tahap kelancaran para peserta menaip. Kemudian, petugas menunjukkan ekperimen tentang konsep magnet dan spring kepada peserta. Akhir sekali para peserta bermainan word search KDB.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat mempelajari cara menaip dengan pantas dan mahir menggunaakan Ms Word. Latihan ini dimulakan dengan memberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer. Setelah memberi penerangan ringkas, peserta diberi latihan menaip untuk membiasakan diri menggunakan papan kekunci. Peserta juga diberi tugasan untuk memasukkan gambar ke dalam Ms Word dan menggunakan ‘insert table’.

 Gambar Disini

Tujuan 

Program ini bertujuan mempertingkatkan pengetahuan pelbagai aplikasi permainan pendidikan kepada peserta serta tahap kesedaran tentang buli siber sesama peserta.

 

Aktiviti 

Melalui program ini, peserta dapat bermain sambil belajar melalui pelbagai aplikasi permainan pendidikan. Program dimulakan dengan taklimat KDB iaitu buli siber yang disampaikan oleh petugas NADI, kemudian 8 orang para peserta menyertai Kuiz Kahoot KDB. Setelah itu, permainan Speed Typing dijalankan menggunakan tab NADI. Mereka diberikan text untuk ditaip semula. Sebahagian peserta pula menyertai permainan word search KDB. Terdapat juga aktiviti lain yang dijalankan seperti mewarna sempena Hari Guru serta permainan tradisional congkak. Apabila selesai semua, petugas NADI dan Perpustakaan Desa menyampaikan hadiah bagi setaip permainan yang dijalankan.

Gambar Disini