Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung

(JPKK)Kampung Jambu Rias.

En. Madzelan Bin Yusof

 

Ketua Kampung

Kg. Jambu Rias, Karak, Pahang.

Setiap kampung diwajibkan mempunyai satu organisasi yang akan menerajui kampung-kampung ke arah kemajuan di samping menitikberatkan keselamatan dan penduduknya daripada sebarang ancaman. Organisasi ini dinamakan sebagai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung atau lebih dikenali dengan nama JPKK. JPKK merupakan organisasi yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan oleh pihak kerajaan negeri untuk menerajui sesebuah kampung sehingga mencapai sesuatu kejayaan dan perubahan. Ahli-ahli yang dilantik adalah menerusi perlantikan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam projek kemajuan luar bandar. Ahli-ahli jawatankuasa telah diberikan tanggungjawab masing-masing melalui pembahagian jawatan dan tugas.

Kampung Jambu Rias merupakan sebuah kampung tradisional yang telah melalui proses-proses kemajuan menerusi usaha-usaha oleh pihak JPKK yang diterajui oleh Pengerusi JPKK atau Ketua Kampung. Ketua Kampung, Kampung Jambu Rias ialah En. Madzelan Bin Yusof merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam memastikan objektif dan matlamat penubuhan JPKK Kg Jambu Rias tercapai. Beliau telah memegang jawatan sebagai ketua kampung di Kampung Jambu Rias bermula tahun 2017 sehingga kini.

Pengerusi atau Ketua Kampung harus mempunyai satu rangkaian komunikasi yang baik untuk memastikan semua ahli JPKK tampil menghulurkan sumbangan dalam memajukan dan menjamin keselamatan kampung.

Program Kayuhan Keluarga Malaysia Sempena Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Daerah Bentong.

Tarikh : 15 September 2022

Masa  : 8.00 Pagi

Tempat : Pusat Pertubuhan Desa Jambu Rias sehingga Dataran Karak

Program ini melibatkan jabatan-jabatan sekitar daerah Bentong, Ketua-ketua kampung, Penghulu dan komuniti setempat. Program ini dirasmikan oleh En. Mohd Khuzaidi bin Harun, Pegawai Daerah Bentong.

sumber : Kolej Komuniti Bentong

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua penduduk

Sukacita dimaklumkan bahawa kumpulan sukarelawan dari Khidmat Malaysia Negeri Kedah & Perak hadir menginap di dewan & masjid Kg Jambu Rias bermula 5 Januari 2022 sehingga 9 Januari 2022 bagi tujuan khidmat pembersihan pasca banjir bagi Kawasan Karak.

Khidmat Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia atau KHIDMAT MALAYSIA merupakan badan pengurusan penyelamat, bantuan dan pemulihan bencana dan kecemasan

Turut diwujudkan sebuah Bilik Operasi (BO) di Dewan Jambu Rias bagi menyelaras sukarelawan luar yang hadir ke Karak bagi tujuan tersebut.Turut serta dalam aktiviti sukarelawan ini terdiri daripada Wakil Rakyat & EXCO Kerajaan negeri (akan dimaklumkan kemudian).

Setakat jam 7.00 malam, seramai 96 orang sukarelawan telah melapor diri terdiri daripada 91 orang lelaki dan 5 sukarelawan wanita. Penempatan disediakan di Dewan Orang Ramai Jambu Rias & Masjid Jambu Rias. Pematuhan SOP Covid-19 diambil kira sepanjang aktiviti berjalan.

Khidmat Malaysia Negeri Pahang Melalui Timbalan Pengarah Khidmat Malaysia Negeri YBhg. Ustaz Roslan bin Md Esa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penduduk Jambu Rias dan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Penduduk (JPKK) atas kebenaran menggunakan premis bagi tujuan program sukarelawan ini.

 

Sumber : JKKK Kg. Jambu Rias