Latar belakang
Puan Siti Aisyah Binti Talib merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, mempunyai dua orang anak, juga mudah di sapa sebagai Ecah. Beliau kerap datang ke PEDi untuk menggunakan komputer untuk menaip surat, membuat kad, catatan kerja anak serta pelbagai lagi kerja lain.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Puan Aisyah sebelum ini kurang mahir dalam penggunaan komputer menyebabkan beliau kurang yakin untuk membuat kerja-kerja menaip dan melayari internet bagi mencari maklumat. Beliau memerlukan sepenuhnya tunjuk ajar dan bimbingan daripada petugas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah beliau kerap mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas PEDi, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan tidak lagi berasa kekok dalam menggunakan tetikus. Selain itu, beliau semakin lancar menaip, menggunakan Microsoft Word serta Excel. Selain penguasaan penggunakan komputer, beliau juga telah semakin mahir dalam menggunakan internet sebagai medium mencari maklumat-maklumat yang diperlukan serta beliau juga mahir menggunakan Canva dan posterMywall bagi membuat kad,poster dan resume.
Latar belakang
Puan Rozaidah binti Sudin merupakan seorang usahawan IKS yang mengusahakan beberapa jenis makanan seperti kuih bahulu, murukku, rempeyek, kek dan biskut. Beliau diantara usahawan bimbingan RISDA yang terdapat di Kampung Paya Pelantar dan mempunyai bengkel perusahan sendiri yang terletak bersebelahan dengan rumahnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum terlibat dengan program dan latihan keusahawanan di PEDi Kg. Jambu Rias, beliau lebih menfokuskan menjual produk makanannya kepada pemborong sekitar Pahang, tempahan untuk majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya. Malahan, penjualan secara COD juga dilakukan dengan mengambil pesanan melalui aplikasi whatsapp..
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti beberapa program dan latihan keusahawanan di PEDi Kg. Jambu Rias, beliau berjaya mengembangkan dan meningkatkan jualan perniagaan. Dengan peningkatan itu, beliau dapat memohon sumbangan tambahan daripada RISDA iaitu peralatan membuat kuih seperti dapur pembakar, loyang kek dan lain-lain.
Latar belakang
Nor Amirah Binti Hasan merupakan lepasan siswazah dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam,Selangor. Pada tahun 2019, beliau bersama beberapa rakan mengeluarkan produk kambing perap iaitu Kambing OPS Perap.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum terlibat dengan program dan latihan keusahawanan di PEDi Kg. Jambu Rias, beliau lebih memfokuskan menjual produk kambing perap di kedai-kedai runcit yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau. Malahan, penjualan secara COD juga dilakukan dengan mengambil pesanan melalui aplikasi whatsapp.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti beberapa program dan latihan keusahawanan di PEDi Kg. Jambu Rias, beliau telah berjaya mengembangkan perniagaan beliau dengan kerjasama daripada Aeon Big Selangor iaitu beliau dapat memasarkan Kambing OPS Perap di sepuluh cawangan Aeon Big sekitar Selangor. Malahan, beliau juga mamasarkan produk kambing perap di platform media social dan Shopee. Beliau juga pernah terlibat dengan Karnival Usahawan PUPUK@AEON bagi mempromosikan produk beliau kepada pengunjung karnival tersebut.
Latar belakang
Puan Zainab Binti Uzae merupakan seorang guru KAFA yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Jambu Rias, Karak. Beliau berasal daripada Alor Setar, Kedah dan kini menetap di Kg Lengkong, Karak. Pada tahun 2021, beliau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda jurusan pengajian Islam di Open Universiti Malaysia (OUM) cawangan Kuala LIpis, Pahang. Puan Zainab selalu datang ke PEDi untuk mempelajari lebih banyak ilmu ICT dan menggunakan perkhidmatan yang PEDi sediakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Puan Zainab kurang mahir dalam penggunaan komputer menyebabkan kerja-kerja pengajaran dan pelajaran beliau agak terbatas untuk disiapkan. Beliau juga menghadapi kesukaran dalam menggunakan Microsoff Power Point untuk membuat slide pembentangan sebagai persediaan kursus yang beliau perlu dihadiri.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Hasil daripada kekerapan mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas PEDi, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan tidak lagi berasa kekok dalam menggunakan tetikus. Selain itu, beliau telah berjaya menguasai Microsoft Word, Power Point dan Excel yang mana sangat membantu dalam menyiapkan tugasan – tugasan beliau sebagai seorang guru KAFA malahan seorang penuntut ijazah sarjana muda. Selain penguasaan penggunakan komputer, beliau juga telah semakin mahir dalam menggunakan internet sebagai medium pembelajaran sebagai contoh membuat kelas atas talian bersama murid-murid KAFA.
Latar belakang
Nur Elisya Binti Mohammad Saberi adalah seorang pelajar darjah 3 di SK Jambu Rias, Karak. Beliau baru sahaja berpindah ke kg jambu rias bersama keluaganya pada akhir tahun lepas. Sebelum ini beliau bersekolah di SK Nenasi, Pekan Pahang. Elisya merupakan anak ke -2 daripada 3 adik beradik. Setelah tinggal di Kg jambu rias, Elisya selalu datang ke PI untuk mempelajari lebih banyak ilmu ICT dan menggunakan perkhidmatan yang PI sediakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya, beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer kerana kurangnya pendedahan kepada komputer dan internet. . Beliau agak lemah dalam menaip kerana masih mencari-cari abjad pada keyboard.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah kerap mengunjungi dan sentiasa mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh PI, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan tidak lagi berasa kekok dalam menggunakan tetikus. Selain itu, dengan latihan yang diberi oleh petugas, beliau semakin pantas dan cekap dalam menaip. Penguasaan beliau dalam perisian Ms word dan Ms Power point juga semakin bagus memandangkan beliau seorang yang mudah memahami setiap yang diajar oleh petugas.