Mengikut peta lokasi, Kg Jambu Rias berada di tengah-tengan laluan alternatif antara Kuala Lumpur - Kuantan tanpa melalui Lebuhraya Pantai Timur. Tiada tempat pelancongan yang khususnya terletak di kampung ini tetapi pelancong atau mereka yang ingin pergi melawat tempat-tempat menarik seperti Pusat Perhilitan Gajah Kuala Gandah, Habitat Rusa, Taman Negara, Hutan Lipur Lentang, Janda Baik, dan kawasan sekitarnya pasti akan melalui kawasan Kg Jambu Rias untuk sampai ke destinasi yang dipilih melalui jalan alternatif kerana lokasi kampung yang betul-betul terletak di pinggir jalan raya.
Selain itu, gambar di bawah menunjukkan salah satu tempat yang juga menjadi tempat tumpuan individu-individu yang menggemari aktiviti memancing. Walaupun bukan terletak di Kg Jambu Rias, namun untuk sampai ke destinasi tersebut, mereka harus melalui Kg Jambu Rias terlebih dahulu. Apa yang menariknya, kami sebagai warga kampung sangat gembira kerana walaupun tiada tempat pelancongan, kampung kami tetap menjadi tumpuan dan sebutan untuk mereka yang ingin pergi ke destinasi pelancongan seperti yang disebutkan di atas. Bukan sahaja penduduk sekitar yang datang kesini malah terdapat juga para pemancing daripada Kuala Lumpur datang kesini untuk merasai pengalaman memancing dikawasan kampung.