Nor Amirah Binti Hasan merupakan lepasan siswazah dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam,Selangor. Pada tahun 2019, beliau bersama beberapa rakan mengeluarkan produk kambing perap iaitu Kambing OPS Perap. Sebelum terlibat dengan program dan latihan keusahawanan di PEDi Kg. Jambu Rias, beliau lebih memfokuskan menjual produk kambing perap di kedai-kedai runcit yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau. Malahan, penjualan secara COD juga dilakukan dengan mengambil pesanan melalui aplikasi whatsapp. Setelah mengikuti beberapa program dan latihan keusahawanan di PEDi Kg. Jambu Rias, beliau telah berjaya mengembangkan perniagaan beliau dengan kerjasama daripada Aeon Big Selangor iaitu beliau dapat memasarkan Kambing OPS Perap di sepuluh cawangan Aeon Big sekitar Selangor. Malahan, beliau juga mamasarkan produk kambing perap di platform media social dan Shopee. Beliau juga pernah terlibat dengan Karnival Usahawan PUPUK@AEON bagi mempromosikan produk beliau kepada pengunjung karnival tersebut.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pihak MCMC berbesar hati untuk turut sama mempromosikan program keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak Maxis pada 24-25 Ogos 2021. Program ini turut disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Strategic Change Management Office (SCMO).
 
Untuk makluman, YBM KKMM dijangka untuk menyampaikan ucapan aluan pada 24 Ogos 2021 jam 9:40 pagi. Maklumat lanjut seperti di pautan dibawah:
 
Promosi :
Jemputan eksklusif untuk anda! Dapatkan “tips” untuk menarik lebih ramai pelanggan. TikTok, Facebook, Google, TV, radio… Kini terdapat pelbagai cara anda boleh melakukan promosi untuk perniagaan anda. Jika anda ingin tahu rahsia usahawan lain yang berjaya menerokai dunia digitalisasi, sertailah persidangan maya Maxis Business Spark UsahaWIRA pada 24 & 25 Ogos. Bonus: Anda juga akan berpeluang memenangi hadiah lumayan bernilai lebih daripada RM4 juta! Pendaftaran percuma adalah terhad, jadi jangan ketinggalan! Cepat daftar di: https://www.maxis.my/SparkWA1
 
p/s : kepada komuniti setempat yang berminat boleh terus membuat pendaftaran melalui link yang tertera di atas.