Motto

‘Perpaduan Menuju Kejayaan’

 

Signboard dari Lanchang ke Kg. Jambu Rias

Merujuk kepada peta daerah dan kawasan, Kampung Jambu Rias terletak di dalam kawasan jajahan Mukim Sabai dan berada di tengah-tengah laluan utama dari Temerloh ke Bentong, yang jaraknya kira-kira 42 km dari Temerloh dan 38 km dari Bentong.

 

Berkepadatan penduduk melebihi 470 orang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama serta berlatarbelakangkan pelbagai sektor pendidikan dan pekerjaan sama ada kerajaan, swasta mahupun mengusahakan perniagaan sendiri . Antara perniagaan sendiri adalah kedai makan,kedai gunting rambut, kedai runcit, kilang gas, bengkel kimpalan, butik pengantin dan banyak lagi. 

Terdapat pelbagai kemudahan infrastruktur yang telah disediakan di Kampung Jambu Rias untuk kesenangan penduduk kampung. Antara kemudahan infrastruktur yang disediakan ialah Perpustakaan Desa, Klinik Desa, sekolah rendah, masjid, bekalan air dan elektrik, jalan raya, pengangkutan awam seperti bas, gelanggang futsal, dewan orang ramai dan balai raya.

 

Terdapat juga kampung yang berdekatan antaranya adalah :-

  1. Kampung Lengkong
  2. Kampung Paya Pelantar
  3. Kampung Sg Pertang
  4. Kampung Kuala Pertang
  5. Kampung Teroh
  6. Kampung Karak Setia
  7. Kampung Sempadan