Di Kampung Lengkong terdapat Galeri Kemajuan Pembangunan Wanita (KPW) yang mempamerkan produk setempat seperti hasil kraftangan, gubahan bunga yang dibuat sendiri dan sebagainya. Persatuan Kemajuan Pembangunan Wanita (KPW) Kg. Lengkong aktif mengadakan pelbagai kelas untuk kaum-kaum wanita setempat seperti kelas membuat bakul, hiasan dinding dan membuat bunga menggunakan kertas atau reben.

Satelah kelas tamat, hasil tangan para peserta yang terpilih akan dipamerkan di Galeri Kemajuan Pembangunan Wanita (KPW). Di sini terdapat contoh-contoh gambar gubahan bunga yang olah sendiri oleh peserta.