Tujuan Latihan ini bertujuan membantu peserta menguruskan cukai secara atas talian melalui portal rasmi LHDN ezHASiL |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, dapat memudahkan peserta menguruskan dan membuat semakan tentang cukai pendapatan yang selama ini dibuat secara manual di cawangan LHDN. Peserta diarah untuk membuka Internet Explorer dan menaip url portal ezHASiL. Setelah itu, peserta diberi tunjuk ajar cara mendaftar akaun ezHASiL buat kali pertama dengan berpandukan langkah-langkah yang telah diberi oleh pihak LHDN. Selepas berjaya membuat pendaftaran, peserta diminta untuk menyemak data yang telah tersedia, kemudian mengisi maklumat yang diperlukan. |