Tujuan |
|
Latihan ini bertujuan membantu ibu bapa membuat pendaftaran anak mereka ke pra sekolah bagi tahun 2023 |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, dapat memudahkan ibu bapa membuat pendaftaran anak-anak mereka ke pra sekolah bagi tahun 2023 dengan bimbingan petugas PIK. Para peserta diminta untuk membuka carian Google dengan menaip url https://eprasekolah.moe.gov.my/ . Setelah itu peserta perlu membuat daftar pengguna untuk masuk ke dalam sistem bagi ibu bapa yang ingin membuat permohonan buat kali pertama. Apabila selesai, mereka kemudian perlu memasukan maklumat anak, maklumat ibu bapa/penjaga dan sekolah yang ingin didaftarkan. |