Tujuan Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada remaja yang berumur 13 hingga 24 tahun mengenai Sahabat KafeTEEN selain memberi pendedahan mengenai alam remaja. |
|
Aktiviti |
|
Melalui kelas ini, peserta mendapat khidmat kaunseling dan perkhidmatan kesihatan bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja. Selain itu, program ini dapat menyemai sikap-sikap positif remaja terhadap perkembangan kesihatan diri dan sosial, fizikal dan mental. Program ini terdiri daripada 2 segmen utama iaitu, Taklimat Aplikasi MyKafeTEEN serta Teen Talk – Impak Maksima yang diberi oleh En. Mohd Amirul Azwar dari Unit Bmbingan Kaunseling. Seramai 4 orang peserta mengikuti program di kediaman masing-masing manakala 6 orang peserta mengikuti di Pusat Internet Komuniti Kg Jambu Rias. Turut disediakan sijil penyertaan untuk para peserta yang melibatkan diri dengan program Advokasi tersebut. |