Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta membuat pendaftaran murid tahun 1 secara atas talian khas untuk mereka yang mempunyai anak berusia 6 tahun dan 5 tahun pada tahun ini.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat membuat permohonan pendaftaran kemasukan murid ke tahun 1 sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024.Petugas membantu peserta dengan membuka portal Kementerian Pendidikan Malaysia (Sistem Pengurusan Sekolah) terlebih dahulu. Petugas memberi tunjuk ajar cara membuat pendaftaran pengguna baru. Kemudian, peserta mengisi kesemua maklumat yang dikehendaki dalam borang permohonan. Setelah siap, petugas dan peserta bersama-sama menyemak segala maklumat dan butiran yang diisi adalah tepat sebelum hantar agar permohonan tersebut diterima.

Gambar Disini